saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 07/02/2009

RM50j bantuan PIBG diagih


HISHAMMUDDIN Tun Hussein disaksikan Wee Ka Siong (kiri) melancarkan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 6 Feb. - Kementerian Pelajaran mula mengagih-agihkan peruntukan sebanyak RM50 juta sebagai bantuan kewangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu berikutan penangguhan pembayaran yuran PIBG sehingga pertengahan tahun ini yang sedikit-sebanyak menjejaskan pelaksanaan aktiviti di sekolah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM25.2 juta akan disalurkan kepada 7,627 sekolah rendah, RM22.6 juta kepada 3,155 sekolah menengah manakala bakinya disalurkan kepada sekolah-sekolah baru serta bagi tujuan pelarasan.

"Bantuan yang disalurkan melalui Pengarah Pelajaran negeri itu bagi membantu menggerakkan aktiviti PIBG di semua sekolah di seluruh negara dan ia perlu disalurkan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan waran peruntukan bantuan tersebut di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Hishammuddin turut melancarkan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) yang diuruskan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui kontrak tiga tahun bernilai RM8 juta.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong; Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, peruntukan itu bukan bertujuan menampung pelaksanaan keseluruhan aktiviti serta program PIBG di sekolah.

Beliau berkata, ia merupakan bantuan khas kerajaan yang difikirkan wajar untuk membantu PIBG menggerakkan aktiviti dan program di sekolah terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.

"Justeru PIBG tidak seharusnya berpeluk tubuh dan mengharapkan bantuan kerajaan, mereka perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan sumber kewangan bagi menampung pelaksanaan keseluruhan aktiviti serta program PIBG di sekolah," katanya.

Mengenai KPKPM pula, beliau berkata, ia merupakan pusat sehenti yang lebih sistematik dan bersepadu bagi mengendalikan pertanyaan, maklum balas dan menerima cadangan melalui satu nombor iaitu 03-7723 7070, e-mel di kpkpm@moe.gov.my serta laman web www.moe.gov.my.

"Ia merupakan fasa awal penambahbaikan sistem penyampaian di kementerian itu yang akan dikaji dan diperbaiki dari semasa ke semasa, termasuk kemungkinan menukar nombor itu kepada nombor talian bebas tol," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.