saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/02/2009

Cuaca ekstrem di Australia semakin buruk, 14 maut

SYDNEY 7 Feb. - Cuaca ekstrem di Australia bertambah buruk hari ini apabila banjir di utara negara ini semakin serius, sementara 100,000 anggota bomba diletak dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kebakaran hutan di bahagian timur.

Polis Australia dalam pada itu mengesahkan sekurang-kurangnya 14 maut serta kira-kira 100 buah rumah kediaman musnah akibat kebakaran itu.

Media-media Australia memetik polis sebagai berkata, mangsa maut di beberapa lokasi kebakaran di Victoria.

Lebih 40 kebakaran dikesan merebak di dua negeri, berikutan cuaca terik sehingga mencecah 46 darjah Celcius.

Berikutan itu, pihak berkuasa Australia hari ini menggugurkan air dari pesawat dalam usaha mengawal kebakaran di bahagian tenggara negara ini, yang disifatkan sebagai yang terburuk abad ini.

Seorang jurucakap Pihak Berkuasa Bomba Victoria berkata, cuaca yang sangat kering membuatkan pihaknya perlu berhati-hati dengan keadaan angin kuat yang mungkin boleh mencetuskan kebakaran lebih besar.

Polis dalam pada itu mendakwa satu kebakaran di Sydney mungkin sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kebakaran itu menurut polis telah memusnahkan sebahagian taman negara yang turut mengancam rumah penduduk berhampiran.

Larangan pembakaran juga dikuatkuasakan di seluruh tenggara negara ini.

Kebakaran kali ini mungkin yang terburuk selepas insiden Ash Wednesday pada 1983 yang mengorbankan 75 nyawa dan memusnahkan 2,500 buah rumah.

Keadaan cuaca lembap di New South Wales pula diramal akan terus jatuh 10 peratus, memaksa 70,000 anggota bomba bersedia sekiranya angin kuat mencetuskan lebih banyak kebakaran.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan bahawa seluas 160 hektar kawasan di Victoria terbakar, dengan api marak mencecah 10 meter.

Bekalan elektrik ke bandar kedua terbesar di nagara ini, Melbourne dijangka terputus pada bila-bila masa.

Penduduk di tiga bandar berdekatan juga digesa meninggalkan rumah masing-masing atau menyertai usaha memadam kebakaran.

Pegawai agensi cuaca, Stuart Ord berkata, seramai 30,000 anggota bomba kini ditempatkan di Victoria, manakala 10,000 lagi di kawasan sempadan Australia Selatan.

Sementara itu, banjir di kawasan utara negara ini semakin serius dengan ukuran 350 milimeter hujan, mengakibatkan banjir kilat di bandar Innisfail ekoran kenaikan paras air sungai.

Hampir seluruh Queensland telah diisytiharkan sebagai zon bencana setelah lebih sejuta kilometer persegi kawasan di situ dilanda banjir, yang turut menjejaskan 3,000 buah rumah.

Turut terjejas di negeri itu ialah ladang tebu dan industri ternakan lembu daging apabila beribu-ribu ekor lembu yang terkandas mati kelaparan. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.