saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 08/02/2009

35 maut kebakaran hutan di Australia

08/02/2009 1:03pm

SYDNEY 8 Feb. - Angka kematian dalam kebakaran hutan yang merebak di tenggara Australia melonjak kepada 35 orang hari ini dan dijangka meningkat lagi.

Timbalan Komisioner Polis negeri Victoria, Kieran Walshe berkata, ramai mangsa dipercayai terbunuh dalam kereta mereka ketika cuba melarikan diri dari kebakaran yang sesetengahnya berpunca daripada perbuatan khianat.

Sebilangan besar mangsa terperangkap dalam kebakaran di kawasan yang terletak ke barat laut Melbourne, di mana banyak pekan musnah dijilat api.

Perdana Menteri, Kevin Rudd berkata, kebakaran terburuk dalam tempoh 30 tahun itu telah mengakibatkan kemusnahan meluas.

“Penduduk Victoria telah didatangi neraka dengan segala kemusnahannya dalam tempoh 24 jam lalu,” kata Rudd kepada wartawan selepas mengarahkan pengerahan unit-unit tentera untuk membantu 3,000 anggota bomba bagi mengawal kebakaran.

Angin kencang dan suhu yang mencecah 46 darjah Celsius memarakkan api yang telah memusnahkan ratusan buah rumah di kawasan luar bandar Victoria.

Pasukan bomba juga sedang berusaha untuk mengawal kebakaran besar di negeri New South Wales, ke utara Victoria.

Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak adalah antara 35 mangsa yang disahkan maut, manakala 20 orang yang mengalami kebakaran teruk dimasukkan ke Hospital Alfred di Melbourne.

“Malangnya, kami masih meramalkan lebih banyak kematian akan berlaku,” Komisioner Polis Victoria, Christine Nixon.

Walshe menyuarakan kebimbangan angka kematian boleh meningkat melepasi 40 orang apabila pasukan penyelamat memasuki zon bencana dan memulakan gerakan mencari mayat di celah-celah runtuhan.

“Pada peringkat awal ini, kami hanya dapat memasuki zon kebakaran dalam tempoh 12-15 jam lalu.

“Saya khuatir angka kematian boleh melepasi 40 orang,” katanya kepada Sky News. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.