saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/02/2009

INKEM rancang Anugerah P. Ramlee

BUAT julung-julung kalinya, Institut Kesenian dan Kajian Media (INKEM) merancang menganjurkan acara tahunan Anugerah P Ramlee yang bakal diadakan pada bulan Disember ini.

Anugerah yang bertujuan mengangkat dan mengenengahkan karya filem dan muzik terbaik tempatan, serantau, independent antarabangsa itu dijangka akan disertai oleh pengamal, karyawan dan seniman dari Malaysia dan rantau Asean serta antarabangsa.

Melalui konsep anugerah yang akan diperkenalkan nanti, diharap jalinan yang lebih luas dan kukuh akan terbina sesama karyawan filem dan muzik serantau bagi meningkatkan apresiasi terhadap karya filem dan muzik sebagai wadah kemanusiaan sejagat.

Langkah penganjuran anugerah ini sejajar dengan objektif dan falsafah Dasar Perfileman Negara (DFN) dan usaha Finas serta Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) bagi memartabatkan bidang perfileman, muzik dan kebudayaan tanah air.

Bagi menjayakan objektif anugerah ini, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Presiden IKNEM, Dr. Mahadi J Murat telah dibentuk.

Dr. Mahadi seorang karyawan filem dan pensyarah kanan di UiTM memberitahu, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak untuk menjadi penganjur bersama Anugerah P. Ramlee.

Menurut Dr. Mahadi, ini adalah satu cara menghargai ketokohan dan sumbangan besar P. Ramlee dalam dunia seni tempatan.

"P. Ramlee menguasai bidang perfileman dan muzik di negara ini suatu waktu dulu. Bagi saya anugerah yang mengambil sempena namanya adalah penghargaan kepada seorang tokoh yang pernah dilahirkan oleh negara kita," tegas Dr. Mahadi.

Dr. Mahadi pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem Sayang Salmah adalah yang berpengalaman yang pernah terlibat dalam festival dan anugerah filem tempatan sebagai penganjur, juri, penerbit dan pengarah persembahan majlis.

Beliau juga banyak menyertai festival-festival filem di peringkat antarabangsa termasuklah Hong Kong International Film Festival, Asia Pasifik Film Festival (Auckland, New Zeland), Brussels International Film Festival, Asia Film Week (Morocco), Asean Film Week (Jogjakarta, Indonesia), Hawaii Film Festival, Deauville, France Film Festival, Venezuela Film Festival dan banyak lagi.

Dr. Mahadi menegaskan, penganjuran Anugerah P. Ramlee bukan mahu bersaing dengan beberapa anugerah perfileman atau muzik yang sudah ada pada masa ini.

"Anugerah P. Ramlee mempunyai konsep dan falsafah yang sangat berbeza, jadi bagi saya tidak ada saingan atau pertindihan langsung dengan anugerah yang sedia ada," tegas Dr. Mahadi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.