saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 09/02/2009

Lebih 96 terkorban


SEBUAH jentera bomba bergerak keluar dari belukar yang apinya tidak dapat dikawal lagi di Hutan Bunyip Sate berdekatan pekan Tonimbuk, 125 kilometer ke barat Melbourne, kelmarin. Kebakaran hutan itu bukan sahaja memusnahkan hutan semula jadi tetapi juga menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar apabila rumah, ladang dan ternakan turut sama dijilat api. - AP


SYDNEY 8 Feb. - Angka kematian dalam kebakaran hutan yang merebak di tenggara Australia melonjak kepada 96 orang hari ini dan dijangka meningkat lagi.

Timbalan Komisioner Polis negeri Victoria, Kieran Walshe berkata, ramai mangsa dipercayai terbunuh dalam kereta mereka ketika cuba melarikan diri dari kebakaran yang sesetengahnya berpunca daripada perbuatan khianat.

Sebilangan besar mangsa terperangkap dalam kebakaran di kawasan yang terletak ke barat laut Melbourne, di mana banyak pekan musnah dijilat api.

Perdana Menteri, Kevin Rudd berkata, kebakaran terburuk dalam sejarah Australia itu telah mengakibatkan kemusnahan meluas.

"Penduduk Victoria telah didatangi neraka dengan segala kemusnahannya dalam tempoh 24 jam lalu," kata Rudd kepada wartawan selepas mengarahkan pengerahan unit-unit tentera untuk membantu 3,000 anggota bomba bagi mengawal kebakaran.

Angin kencang dan suhu yang mencecah 46 darjah Celsius memarakkan api yang telah memusnahkan sekurang-kurangnya 640 buah rumah, kebanyakannya di kawasan Kinglake, ke utara bandar raya Melbourne.

Pasukan bomba juga sedang berusaha untuk mengawal kebakaran besar di New South Wales, negeri di utara Victoria.

Antara mangsa yang disahkan terkorban itu termasuk sekurang-kurangnya dua kanak-kanak manakala 20 orang yang mengalami kebakaran teruk dimasukkan ke Hospital Alfred di Melbourne.

"Malangnya, kami masih meramalkan lebih banyak kematian akan berlaku," kata Komisioner Polis Victoria, Christine Nixon.

Walshe menyuarakan kebimbangan angka kematian boleh meningkat lagi apabila pasukan penyelamat memasuki zon bencana dan memulakan gerakan mencari mayat di celah-celah runtuhan.

Sementara itu, Polis Australia memberi amaran pihak yang didapati sengaja mencetuskan kebakaran boleh didakwa atas tuduhan membunuh.

Polis berkata, mereka pasti sesetengah kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat.

"Berdasarkan lokasinya, sesetengah kebakaran itu hanya boleh dicetuskan dengan tangan manusia, dan tidak mungkin atas sebab faktor alam," kata Walshe.

Seorang jurucakap polis berkata, sesiapa yang didapati mencetuskan kebakaran semasa musim panas paling buruk dalam tempoh seabad itu boleh didakwa atas tuduhan membunuh sama ada dengan niat atau tanpa niat.

"Mereka boleh didakwa atas tuduhan membunuh dengan niat, bergantung kepada bukti yang diperoleh," katanya.

Institut Kajian Jenayah Australia minggu lepas, menyiarkan laporan yang menyatakan separuh daripada 20,000 hingga 30,000 kebakaran belukar yang berlaku di negara ini setiap tahun telah dicetuskan dengan sengaja.

Polis di New South Wales berkata, mereka menyoal siasat seorang lelaki berusia 31 tahun berhubung kebakaran belukar yang dicetuskan di Peats Ridge, ke utara Sydney semalam.

Menurut Ketua Menteri South Australia, Mike Rann, sekurang-kurangnya 20 peratus kebakaran di negeri itu pada musim panas ini disebabkan perbuatan khianat manakala 20 peratus lagi berpunca daripada "kebodohan atau kecuaian. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.