saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 09/02/2009

Amaran Pekida kepada Karpal

IPOH 8 Feb. - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) mendesak Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan segera.

Pengerusi Pekida, Jamaluddin Yusof berkata, permohonan ampun mesti dilakukan ekoran kenyataan Karpal mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap baginda dianggap menghina Sultan Perak.

''Kami memberi amaran sekeras-kerasnya bahawa Pekida tidak akan membiarkan tindakan Karpal yang kami anggap menderhaka terhadap Raja-Raja Melayu.

''Kami mahu beliau memohon ampun kepada baginda dengan segera kerana perbuatan itu sangat biadap dan tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghantar notis bantahan kepada Karpal di Pejabat DAP Perak di sini hari ini.

Jumaat lalu, Karpal membuat kenyataan bahawa pakatan pembangkang bercadang memfailkan saman terhadap Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, pihaknya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada pukul 1.05 tengah hari ini ekoran tindakan biadap ahli politik pembangkang tersebut.

Katanya, pihak berkuasa seperti polis wajar mengambil tindakan tegas ke atas Karpal sekiranya terdapat unsur penghinaan ke atas Sultan Perak.

Jelas beliau, ini termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan pemimpin yang derhaka dan biadap seperti itu dikenakan tindakan setimpal.

Tegas beliau, sekiranya Karpal masih enggan memohon ampun daripada Sultan Azlan Shah dalam kadar segera, semua cawangan Pekida di seluruh Malaysia akan membuat laporan polis yang sama ke atas Karpal mulai esok.

''Laporan polis itu sebagai pernyataan simbolik bahawa Pekida bersama seluruh rakyat Malaysia berasa terguris dan marah dengan tindakan Karpal yang menghina Sultan Perak," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:31
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.