saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 09/02/2009

Bukukan bual bicara

PENULIS melihat trend masa kini media massa (terutamanya media elektronik) berlumba-lumba menerbit dan menyiarkan rancangan berbentuk bual bicara. Ini tentunya satu perkembangan positif apabila cendekiawan dan pakar dari pelbagai industri duduk dan mengupas sesuatu isu secara bersama.

Program itu membolehkan isu-isu tertentu dikupas dengan terperinci dan masyarakat juga sukakan suasana perbincangan sihat seperti itu.

Kupasan demi kupasan dibuat bersama data dan maklumat yang mencukupi. Namun, tidak dinafikan kadang-kala ia disertai dengan pandangan peribadi yang hadir daripada pemerhatian dan pendirian seseorang itu.

Pandangan bersifat peribadi dan daripada pemerhatian itu juga merupakan antara kaedah perkembangan ilmu.

Bagi penulis, ilmu seharusnya berkembang mengikut hierarki yang tersusun, seperti mulanya dari pembacaan, kemudian diamal dan seterusnya ditulis semula untuk dibaca oleh generasi akan datang.

Berdasarkan kepada pandangan inilah, penulis merasakan amat perlu bagi program bual bicara itu ditulis semula untuk diterbitkan sama ada sebagai sebuah buku mahupun sebagai sebuah monograf.

Kaedah ini ternyata berjaya terutamanya di negara maju seperti Britain. Misalnya, program terbitan Channel 4, The River Cottage kelolaan Hugh FearnleyWhittingstall dibukukan dan ditandakan sebagai "as seen on Channel Four" pada kulitnya. Ia memudahkan pembaca dan pengkaji meneliti setiap kata-kata yang diungkapkan oleh Whittingstall.

Selain itu, bual bicara yang telah dibukukan itu turut akan memperbanyakkan lagi khazanah ilmu di dalam bahasa Melayu yang sentiasa dahagakan ilmu untuk diucapkan di dalam bahasa ini.

Oleh kerana sifat bual bicara itu bermusim mengikut isu semasa, maka mungkin untuk terbit sebagai sebuah buku tidak mencukupi. Maka ia perlu dibantu dengan kajian literatur yang cuba merungkai sesuatu isu itu daripada perspektif sejarah.

Program-program bual bicara itu kemudiannya juga perlu disertai dengan pandangan pihak ketiga iaitu para penonton. Dan pandangan-pandangan ikhlas ini perlu juga turut dicatatkan.

Penggunaan kemudahan elektronik seperti SMS, e-mel mahupun e-forum turut dapat membantu sesuatu isu itu dikupas dengan lebih meluas. Maka, untuk sesebuah buku itu turut berkembang, ia tidak seharusnya diterbitkan secara tradisional, di mana pembaca hanya membaca apa yang ditulis.

Buku tersebut haruslah juga dihubungkan dengan kemudahan elektronik, seperti disediakan ruangan e-forum yang khusus untuk membedah bicara buku tersebut dengan lebih kritis.

Maka, dengan segala jenis kemudahan yang ada sekarang ini, tidak mustahil rakyat Malaysia akan lebih berilmu pengetahuan dan maju.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.