saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/02/2009

Pilih saja Harussani Zakaria, mengapa tidak?

SEBELUM dilihat kemenangan, cuba kita bayangkan apa akan terjadi kepada BN jika ia kalah dalam dua pilihan raya kecil yang akan diadakan dalam tempoh kurang dua bulan dari sekarang?

Selalunya untuk menuju kejayaan, kita akan kaji dulu kepada kes senario yang paling buruk. Sudah tentu, jika ia kalah maka akan terlalu buruklah padahnya.

Kurang sebulan lalu, BN telah pun kalah di Kuala Terengganu. Titik hitam itu masih segar dalam ingatan semua pihak. Pelbagai ulasan dan komentar diberikan mengenai kekalahan itu.

Malah akhbar juga membuat bedah siasat masing-masing. Dalam banyak analisis - banyak yang berat mengatakan ia adalah disebabkan oleh faktor calon. Sama ada faktor itu betul - tepat atau tidak - ia adalah pendapat para penganalisis. Sudah tentu pendapat orang ramai - termasuk warga Kuala Terengganu sendiri yang mengirim surat kepada akhbar, tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Walaupun ada juga yang mengatakan kekalahan itu disebabkan waktu pilihan raya yang tidak sesuai - itu adalah faktor di luar kuasa kepartian, ia adalah tugas SPR. Namun, banyak analisis tetap mengatakan ia banyak dipengaruhi faktor pemilihan calon.

Sekali lagi (atau dua kali lagi) BN akan menghadapi cabaran yang paling getir buatnya. Sekitar 72 jam selepas BN meraikan kejayaan menawan (secara strategik) negeri Perak - Ahli Parlimen (Pas) Bukit Gantang pula meninggal dunia. Ironiknya, DUN Changkat Jering, yang terletak di bawah Parlimen itu adalah kerusi milik Mohd. Osman Jailu, orang yang melompat parti sehingga tumbangnya kerajaan Perak.

Ia adalah satu kebetulan yang cukup intrig.

Menjadikan keadaan lebih menarik, pada hari yang sama dengan kematian itu, ADUN Bukit Selambau di Kedah pula meletakkan jawatan. Satu lagi pilihan raya kecil akan berlaku.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau tidak, hanya Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui - tapi yang pasti senario itu cukup mendebarkan. Dua 'Bukit' akan menjadi medan pertarungan.

Nampaknya, doa BN untuk memastikan tiada lagi pilihan raya kecil selepas mimpi buruk Kuala Terengganu, tidak termakbul. Pilihan raya kecil itu tetap akan berlaku dan pasti berlaku.

Cabaran paling getir buat BN (yang dilihat masih berada di pihak defensif) ialah: Memilih calon-calon yang betul dan tepat. Jika dulu faktor itu tidak penting buat BN, kini ia (amat) penting. BN perlu membuat satu kajian yang cukup teliti (secara bebas) termasuk di peringkat akar umbi di kawasan terbabit serta di peringkat profesional mengenai keserasian calon yang dipilih.

Perasaan dan faktor kebolehterimaan para pengundi di dua kawasan itu terhadap calon yang akan dipilih mereka tiada kompromi.

Di Bukit Gantang, kemelut keperakan (dalam konteks semasa) itu sendiri dilihat memihak kepada BN. Tapi faktor calon turut memainkan peranan yang sama penting. Begitu juga dalam faktor Bukit Selambau. Komposisi kaum di kawasan itu adalah cerminan kepada pemilihan calon yang sepatutnya dibuat. DUN itu mempunyai 50 peratus pengundi Melayu, 30 peratus India dan 20 peratus Cina. Oleh itu, siapa yang layak dipilih?

Sebaliknya bagi pihak pembangkang, jika diambil kira senario pilihan raya umum 2008, itu tidak menjadi hal. Pada masa itu sesiapa sahaja yang diletak - waima bekas tahanan ISA yang masih di dalam tahanan atau calon-calon yang tidak disangka-sangka boleh menang - pun boleh menang.

Pendek kata, sentimen pengundi 11 bulan lalu itu amat bercelaru. Tapi apakah faktor kecelaruan itu masih wujud? Kecelaruan itu sudah mulai reda. Ada pandangan mengatakan sekiranya BN menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada di Kuala Terengganu dulu, kebarangkalian untuk menang memang ada. Tapi ia sudah menjadi sejarah. Namun sejarah itu sebenarnya ialah pengajaran yang cukup bernilai.

Jika pakatan pembangkang memilih Mohammad Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang (sebagaimana yang dimahukan oleh DAP), ia adalah kelebihan kepada BN. Jika diperincikan, bekas Menteri Besar itu ialah seorang yang gagal dalam kerjaya politiknya. Beliau gagal sebagai kapten menerajui negeri itu. Beliau yang teruja dengan tindakan ADUN Bota, tidak sedar langsung yang negerinya bakal ditumbangkan.

Sepanjang tempoh pemerintahannya, Nizar turut dilihat gagal mengambil kira kepentingan orang Melayu.

Walaupun Bukit Gantang dan Bukit Selambau secara tradisinya adalah kawasan BN sebelum Mac 2008, namun itu saja tidak cukup. Sebagaimana strategiknya BN menumbangkan Perak, strategi yang sama juga perlu diterapkan bagi pemilihan calon. Jika jalan biasa gagal dicapai, pilih saja calon-calon bukan politik. Pilih sahaja ustaz Harussani Zakaria, misalnya. Mengapa tidak?

Bagi BN, faktor siapa calon adalah bottom line bagi segala-galanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.