saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 14/02/2009

Tenangkan diri di Isi Rimba




HULU KLANG 13 Feb. - Bagi kebanyakan warga kota, pusat beli-belah, pawagam dan sesi teh tarik bersama rakan- rakan sudah menjadi agenda wajib pada setiap hujung minggu.

Namun sesekali timbul juga hasrat hati mahu lari daripada rutin dan kesibukan kota dengan meluangkan masa di destinasi berbeza.

Antara destinasi menarik yang perlu dimasukkan dalam perancangan ialah mengunjungi Kem Isi Rimba di Hulu Kemensah dekat sini.

Terletak kira-kira 30 minit berkenderaan dari ibu negara dan 4.8 kilometer dari simpang ke Zoo Negara, Isi Rimba cukup mudah untuk dikunjungi.

Sebaik tiba, pengunjung akan melihat kehijauan alam semula jadi yang masih kekal di pusat itu yang secara tidak langsung membuktikan biarpun pembangunan sedang giat dijalankan di sana sini, masih ada khazanah alam semula jadi yang terus kekal terpelihara.

Istimewanya, ia bukan sahaja untuk tujuan bersantai bersama keluarga atau beriadah tetapi juga untuk tujuan pembelajaran untuk mengenal isi hutan.

Pengunjung boleh mempelajari dan mengetahui pelbagai jenis tumbuhan herba yang terdapat di situ.

Menjejakkan kaki di situ, terasa kecelaruan fikiran terlerai apabila 'disapa' dek kemesraan suasana alam.

Kicauan burung dan suasana hutan serta aliran dingin air sungai menambahkan lagi ketenangan pengunjung.

Dipagari bukit-bukau serta rimbunan pepohonan menghijau, pusat itu adalah destinasi paling sesuai bagi individu mahupun mereka yang mahu melakukan aktiviti mencabar di hutan tanpa pergi jauh dari ibu kota.

Kem itu juga dilengkapi pelbagai kemudahan prasarana seperti tempat letak kereta dan tandas, pondok serta tempat makan.

Bagi yang memilih untuk bermalam, panorama pagi diselubungi kabus tebal berarak mengusap pepohon kaku menghijau serta siulan unggas tentunya menyentuh perasaan betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa.

Isi Rimba diusahakan oleh pasangan suami isteri Roslan Yaacob, 58, dan Nor Arfah Abdul Manan, 42, sejak hampir 10 tahun lalu.

Ia antara lain bertujuan mahu berkongsi dan mendidik orang ramai agar menghargai dan kembali ke alam semula jadi.

Di samping mengalu-alukan pencinta alam, pasangan itu turut menawarkan pakej bagi mereka yang mahu mengadakan aktiviti secara berkumpulan termasuk perkhemahan, aktiviti meredah hutan, sukan lasak dan sebagainya.

Aktiviti yang diadakan memang menyeronokkan kerana selain dapat menambah pengalaman, ia juga dapat mendedahkan mereka kepada aspek kelangsungan hidup dalam keadaan serba sukar di hutan.

Ini termasuklah merasai betapa sukarnya hidup dalam keadaan serba kekurangan, terpaksa tidur dalam khemah dan dibekalkan dengan hanya sebiji kentang, gula, kopi, garam serta sedikit beras ketika menjelajah hutan pada waktu malam.

Dengan tarikan tersendiri yang ada, Isi Rimba pasti menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Roslan menyifatkan pembukaan Isi Rimba hanyalah sebahagian daripada usaha kecilnya untuk sama-sama menanamkan semangat cintakan alam semulajadi.

Katanya, ia juga bertujuan berkongsi dengan generasi muda betapa negara ini masih kaya dengan khazanah hutan terutama tumbuh-tumbuhan herba.

"Setiap orang mempunyai tanggungjawab sendiri dalam memupuk semangat cintakan alam semula jadi. Jika kita tidak mulakan dari sekarang, tidak mungkin generasi akan datang mampu melihat apa yang ada hari ini,'' ujarnya.

Kenyataan Roslan dipersetujui isterinya yang menganggap usaha tersebut bukan semata-mata mahu mengaut keuntungan tetapi lebih penting menanamkan semangat cintakan alam semula jadi terutama kalangan generasi muda.

Mengakui menerima ramai tetamu, terutama pada hujung minggu, beliau terpaksa mengehadkan beberapa keluarga atau kumpulan pada satu-satu masa bagi memastikan keselesaan setiap tetamu.

Sementara itu, seorang pengunjung, Rosli Mohd. Said, 44, berkata, dia sering mengunjungi kem tersebut untuk beriadah sambil menikmati alam semulajadi.

Dia yang merupakan penduduk berhampiran mengakui, lokasi tersebut menjadi pilihannya kerana masih mengekalkan keindahan alam semula jadi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.