saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 14/02/2009

Cabutan SSP BSN di Pulau Pinang


NOOR Azmi Ibrahim (tiga dari kanan) bersama kakitangan Bank Simpanan Nasional memperkenalkan semula Skim Sewa Beli Kenderaan di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 13 Feb. - Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan akan mengadakan Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) bulan Februari di pasar raya Carrefour di Seberang Jaya di sini pada 28 Februari ini.

Pengurus BSN negeri, Noor Azmi Ibrahim berkata, cabutan bulanan SSP ini diadakan setiap bulan di setiap negeri sejajar usaha menggalakkan masyarakat untuk terus menabung.

Menurutnya, negeri ini merupakan lokasi kedua cabutan SSP diadakan selepas Kuala Lumpur dengan lebih 1,700 tawaran hadiah bernilai lebih RM1 juta untuk dimenangi.

''Antara hadiah yang ditawarkan bagi cabutan SSP di negeri ini ialah kereta BMW 320i untuk hadiah pertama, Toyota Camry 2.0E (kedua), Proton Perdana V6 2.0 (ketiga), Proton Persona 1.6 dan pakej umrah serta pelancongan.

''Pada masa sama, kami turut mengadakan Karnival SSP selama sebulan di Carrefour dan juga cawangan utama BSN di Jalan Macalister bermula 2 hingga 28 Februari ini untuk memberi peluang kepada orang ramai yang ingin membeli SSP,'' katanya pada majlis ramah mesra bersama media dan pelanggan korporat BSN di Jalan Macalister di sini.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang tempoh itu antaranya pembukaan kaunter promosi, pemeriksaan kesihatan percuma dan kempen derma darah.

Tambahnya, selain program itu, BSN turut membuka kaunter ekspres di semua cawangan BSN di negeri ini bertujuan memberi keselesaan kepada pelanggan membuat transaksi perbankan di kaunter-kaunter BSN.

Mengulas lanjut, katanya, sempena karnival itu, BSN turut memperkenalkan semula skim pinjaman sewa beli kenderaan untuk pembelian kereta baru berjenama Proton dan Perodua dengan had pinjaman minimum RM20,000.

''Skim ini adalah khusus untuk kakitangan kerajaan, koperasi dan badan-badan berkanun yang berjawatan tetap serta mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan Angkasa.

''Kami yakin dengan tawaran kadar faedah yang kompetitif dan tempoh bayaran balik panjang merupakan antara ciri-ciri atau pun kelebihan yang dijangka dapat menarik kakitangan kerajaan yang layak untuk memohon," katanya.

Selain itu, Noor Azmi memberitahu, BSN juga menawarkan pakej istimewa pinjaman persendirian kepada kakitangan kerajaan dengan kadar faedah yang rendah iaitu 4.4 peratus dengan tempoh selama 15 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.