saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/02/2009

Masjid di Perak diingat jangan jadi medan politik


NAJMUDDIN Elias meneliti fail sambil ditemani Sheikh Mohd. Nor Mansor ketika membuat lawatan ke Pejabat JAIP di Ipoh, semalam. - UTUSAN / MOHD. NAJIB MOHD. NOR


IPOH 16 Feb. - Pengurusan masjid di Perak diingatkan supaya tidak membiarkan premis yang ditadbir mereka dijadikan medan penyebaran propaganda politik pihak tertentu terutama selepas peralihan kuasa kerajaan negeri baru-baru ini.

Penasihat Agama Islam kepada Menteri Besar Perak, Datuk Najmuddin Elias berkata pegawai penyelaras masjid di setiap daerah yang dilantik telah diarahkan memantau semua aktiviti yang dijalankan termasuk tazkirah, ceramah mahupun khutbah Jumaat bagi mengelakkan premis terbabit diselewengkan atas nama politik.

"Meskipun tiada aduan rasmi yang diterima namun beliau sendiri sebelum ini mendapat banyak laporan ada masjid dan surau dijadikan pentas untuk kononnya 'memperjelaskan' situasi sebenar politik di Perak," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di sini.

Katanya, pendirian kerajaan negeri adalah tidak membenarkan mana-mana parti politik termasuk Barisan Nasional daripada menggunakan masjid untuk memburukkan satu sama lain.

"Saya juga secara peribadi berharap semua khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid negeri ini menggunakan sepenuhnya teks yang disediakan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Katanya, JAIP juga akan memantau masjid dan surau khususnya di Bukit Gantang terutama menjelang pilihan raya kecil kawasan Parlimen berkenaan 7 April depan.

"Penyelewengan masjid yang merupakan tempat ibadat bukan sahaja mencemarkan agama Islam bahkan dalam suasana masyarakat yang didakwa pihak pembangkang semakin celik politik ini, senario sedemikian tidak wajar berlaku," katanya.

Sementara itu, Pengarah JAIP Datuk Sheikh Mohd. Nor Mansor mengingatkan para penyokong parti politik yang beragama Islam supaya tidak membudayakan amalan bertakbir dan menyebut nama Allah terutama untuk mengalu-alu kehadiran dan memperbesarkan individu tertentu terutama pemimpin bukan beragama Islam.

Ramai masyarakat Islam sendiri terkeliru dengan konsep takbir sedangkan ia sepatutnya dilafaz atau dilaungkan untuk membesarkan keesaan Allah SWT, katanya.

"Sejak kebelakangan ini ramai penyokong parti politik tertentu kelihatan seolah-olah menjadikan lafaz takbir sebagai satu slogan, bukan untuk membesarkan Allah.

"Ia jelas satu penggunaan yang salah lebih-lebih lagi dilaungkan semasa mengalu-alukan kehadiran pemimpin bukan Islam atau sedang berucap," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.