saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/02/2009

100 tahun SMK Anderson


SULTAN Azlan Shah menyampaikan titah baginda pada majlis Sambutan Perayaan 100 Tahun Sekolah Anderson di Ipoh, Perak, semalam. Turut serta, Zambry Abd. Kadir (kanan) dan Hilmi Ismail (dua, kiri). - BERNAMA


IPOH 16 Feb. - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini berkenan melancarkan sambutan 100 tahun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Dihilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Acara sambutan yang bermula sejak pukul 8 pagi itu dimeriahkan dengan pertunjukan payung terjun oleh lapan anggota Komando 69 yang membawa bendera Malaysia, bendera Perak dan bendera sekolah itu.

Sambutan itu juga menampilkan pertunjukan kebudayaan seperti tarian dan silat, pertunjukan bunga api, perarakan bekas pelajar dan pelajar sekolah tersebut.

Pengerusi jawatankuasa majlis sambutan, Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Ismail dalam ucapannya berkata, sekolah itu akan terus menempa nama dalam pendidikan dan kokurikulum di negara ini.

Katanya, sehingga kini, sekolah tersebut berjaya melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang seperti politik, pentadbiran, korporat, dan keselamatan.

"Saya harap generasi akan datang dapat mempertingkatkan tahap pencapaian sekolah ini dalam semua bidang bagi mengharumkan nama sekolah ini," katanya.

SMK Anderson yang ditubuhkan pada 8 Februari 1909 berjaya melahirkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang profesional seperti pendidikan, sukan, politik, korporat dan keselamatan di negara ini.

Antara tokoh tersohor negara yang pernah menimba ilmu di sekolah berkenaan ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji; bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin; kartunis terkenal, Datuk Mohamad Nor Khalid (Datuk Lat); bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan pelakon Datuk Rahim Razali.

Selain itu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali; aktivis politik, Allahyarham Ahmad Boestamam; bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah; pakar sejarah dunia, Prof. Emeritus Dr. Wang Gungwu dan Pengerusi Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohammed Hashim Ahmad Makaruddin juga adalah bekas pelajar sekolah tersebut.

SMK Anderson juga melahirkan ahli sukan bertaraf dunia dalam permainan hoki seperti Hamzah Shamsuddin, Amirullah Karim, Datuk Kamalul Ariffin Abd. Rahim dan Choy Kok Wah (badminton).

Nama sekolah itu dipilih sempena nama Sir John Anderson iaitu Pesuruhjaya Inggeris ketika itu. Pengetua pertama sekolah itu ialah Kolonel J. H. Tyte.

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan pihak sekolah supaya mendokumentasi segala maklumat, peristiwa dan rekod pendidikan di situ semasa penjajahan British untuk dijadikan tatapan dan rujukan generasi akan datang.

Beliau turut menyambut baik usaha gigih dan murni pihak sekolah serta bekas pelajarnya untuk mewujudkan 'Galeri Sekolah Anderson'.

"Semoga galeri ini akan memberi manfaat kepada orang ramai menghayati sejarah Sekolah Anderson," katanya dalam buku cenderahati majlis pelancaran sambutan sekolah tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.