saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/02/2009

Kaji semula ekuiti bumiputera

PORT DICKSON 17 Feb. - Syarat 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor pengangkutan adalah sistem yang memundurkan.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mencadangkan supaya syarat itu dikaji semula bagi memastikan sektor tersebut mampu mengharungi era globalisasi.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin untuk mengingatkan orang ramai tentang kesan era globalisasi terhadap para pengusaha tempatan.

Beliau menegaskan, era syarikat tempatan bersaing sesama sendiri atau menerima perlindungan daripada pihak berkuasa semakin lenyap ditelan masa.

"Kita perlu tanya diri sendiri, setakat mana dan berapa pantas syarikat tempatan mampu membangun. Tiba masanya industri terutama sektor perkhidmatan bebas dan tidak terikat dengan sistem yang memundurkan itu (syarat ekuiti bumiputera).

"Saya tidak mahu orang ramai ada persepsi yang dibelenggu sistem kuota ini. Pembebasan sektor pengangkutan daripada sistem itu mampu mempengaruhi kebangkitan syarikat pengangkutan tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam MCA Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Tee Keat memberitahu, perbincangan antara pemimpin kerajaan perlu diadakan dalam usaha memansuhkan sistem yang dipercayai tidak berkesan itu.

"Kita mahu syarikat-syarikat pengangkutan tempatan melebarkan perusahaan sekali gus mampu bersaing di persada antarabangsa.

"Kita perlu provokatif menyampaikan mesej ini. Sebagai pemimpin, saya bimbang dengan keadaan ini. Saya maksudkan perniagaan," jelasnya.

Menurut Tee Keat, kini masih ramai yang sibuk membicarakan tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kuota 30 peratus bumiputera dalam syarikat milik bukan bumiputera.

"Perlu ingat, kita terikat dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di bawah rangka kerja Asia.

"Jika ini (syarat ekuiti bumiputera) berterusan, ia akan membebankan syarikat tempatan bersaing dengan syarikat asing," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.