saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 18/02/2009

PDRM belanja RM15 juta untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu

18/02/2009 2:46pm

KUALA LUMPUR 18 Feb. — Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM15.153 juta bagi penugasan operasi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung berkata pecahan perbelanjaan itu meliputi kos perjalanan dan sara hidup berjumlah RM2.7 juta, perhubungan dan utiliti (RM50,000), sewaan khemah (RM6 juta), pembekalan makanan kering dan minuman (RM65,000), pembekalan bahan api dan alat ganti (RM698,000), pembekalan bahan mentah dan lain-lain (RM310,000), penyelenggaraan dan pembaikan kecil (RM830,000) dan pembekalan makanan bermasak dan penginapan (RM4.5 juta).

Chor berkata penugasan kali ini melibatkan 3,376 anggota dan pegawai polis, terdiri daripada semua jabatan dan cawangan dalam PDRM seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan, Trafik, Unit Udara Polis dan Tugas Am.

“Di antara bentuk penugasan yang dilaksanakan ialah penugasan di bawah keperluan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kawalan keselamatan orang ramai, kawalan lalu lintas dan rondaan berkala,” katanya ketika menjawab soalan Amran Ab.Ghani (PKR-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Amran ingin tahu jumlah perbelanjaan keseluruhan yang digunakan untuk pasukan polis yang terlibat dalam pilihan raya kecil itu dan senarai rusuhan yang berlaku ketika pilihan raya kecil itu berlangsung.

Chor berkata hasil kawalan keselamatan yang dijalankan polis, tiada sebarang kes rusuhan atau kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu berlangsung.

Menjawab soalan Amran sama ada kekuatan anggota yang sama akan ditugaskan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah dan Parlimen Bukit Gantang di Perak, Chor berkata ia bergantung kepada keputusan serta keperluan SPR.

“Ini bergantung kepada keputusan SPR. Jika SPR memberi arahan kepada polis bahawa keadaan di satu-satu tempat di mana pilihan raya kecil akan diadakan harus dikawal dengan lebih ketat supaya pengundi-pengundi dapat keluar untuk mengundi dengan selesa tanpa mempunyai perasaan takut-takut, maka polis akan bertindak.

“Tetapi polis juga, selepas menerima arahan SPR akan membuat satu analisis sama ada keadaan itu harus mempunyai lebih ramai anggota polis atau tidak,” katanya, mengakui perbelajaan di Kuala Terengganu agak lebih tinggi daripada jumlah perbelanjaan untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Menjawab soalan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Chor bersetuju bahawa jumlah anggota polis yang ramai telah membolehkan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu berjalan lancar. — Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.