saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/02/2009

Anak tempatan terbilang di luar negara

PENGHIJRAHAN anak kelahiran Malaysia ke luar negara bagi mengembangkan bakat dan mencari pendapatan lebih lumayan sekali gus membina nama di negara orang bukanlah perkara baru.

Sejak zaman kolonial lagi penghijrahan itu berlaku, malah sehingga sekarang telah beranak pinak serta menjadi pemastautin tetap di negara luar.

Bagaimanapun, jati diri sebagai rakyat Malaysia tidak pernah pudar terutama dari segi sopan santun, bahasa, makanan dan tradisi. Walaupun tidak dinafikan ada segelintir yang telah hilang 'identiti Malaysia', tetapi itu boleh dikira.

Penghijrahan itu bukan sahaja untuk individu itu sendiri dalam mencari peluang dalam kehidupan, bahkan menaikkan nama negara bagi mereka yang telah mencipta nama di luar negara.

Antara anak Malaysia yang telah mencipta nama di negara luar ialah Datuk Jimmy Choo. Bagi penggemar kasut, pasti tergambar di kepala mengenai anak watan Malaysia ini yang telah melakar nama sebagai pereka kasut terkenal kerana reka bentuk yang eksklusif dan pembuatannya yang halus.

Amat membanggakan apabila hasil kreativiti yang ditampilkan, kasutnya pernah tersarung di kaki mendiang Puteri Diana, artis Halle Berry dan Hilary Swank.

Lebih menarik, koleksinya bukan sahaja menjadi pilihan di kalangan wanita aristokrat dan terkenal tetapi juga penggemar golongan wanita yang mementingkan penampilan dan keanggunan.

Sementara itu, sukar untuk menyangkal kejayaan yang telah dicapai oleh Datuk Shake. Penyanyi yang popular menerusi lagu Lina dan You Know I Love You ini mula menempa nama di Perancis sejak tahun 70-an lagi. Sejak itu, anak kelahiran Johor ini tidak lagi menoleh ke belakang. Dengan semangat yang gigih, beliau terus melebarkan sayap seninya di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau yang nama sebenarnya, Sheikh Abdullah Ahmad kini datuk kepada lima orang cucu. Shake telah merakamkan beberapa album bahasa Perancis dan Inggeris. Beliau juga pernah mengadakan persembahan di negara-negara Eropah lain dan AS.

Di samping itu, paling membanggakan ialah aktres kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Michelle Yeoh yang berjaya menembusi pasaran filem Hong Kong dan Hollywood menerusi lakonan hebatnya dalam beberapa filem seperti Police Story 3 bersama Jackie Chan, Tomorrow Never Dies (Pierce Brosnan) dan Memoirs of A Geisha dan Fearless (Jet Li). Beliau menerima anugerah awam tertinggi Perancis, Legion of Honour pada 3 Oktober tahun lalu atas bakat lakonannya.

Ratu cantik Malaysia ini memulakan kerjaya lakonan di Hong Kong sebelum diintai oleh pengarah Hollywood.

Beliau dicatat sebagai aktres Asia yang menerima bayaran paling tinggi dalam bidang lakonan.

Che'Nelle, 25, barangkali boleh menjadi kebanggaan seluruh warga di negara ini disebabkan kejayaannya menakluk pasaran AS. I Fell in Love With the DJ yang dimuatkan album debutnya, Things Happen For A Reason ternyata menjadi mercu tanda. Lagu itu juga yang mengorbit jenama Che'Nelle di peta seni dunia. Nama sebenarnya ialah Cheryline Lim yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah,

Tuah jelas menyebelahi empunya diri kerana berjaya berpayung di bawah label gergasi, Virgin Records yang banyak melahirkan nama-nama besar antaranya Janet Jackson, Lenny Kravitz dan Ben Harper.

Bakat luar biasa Che'Nelle dikesan seorang pemuzik veteran Amerika, Charles Dixon yang secara kebetulan melayari laman web mencari rakan, MySpace. Dixon bukan sekadar membaca biodata, malah turut mendengar karya muzik garapan Che'Nelle , lalu membawanya ke Virgin Records. Tidak lama kemudian, Che'Nelle diterbangkan ke Los Angeles, seterusnya menandatangani kontrak enam buah album bersama syarikat tersebut.

Tidak setakat itu, bagi artis kelahiran Kuching, Sarawak, Nicholas Teo, yang dilahirkan menerusi program realiti terbitan Astro, Astro Talent Quest 2002, Nicholas berhijrah ke Taiwan empat tahun lalu. Kini telah memiliki tiga album solo .

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.