saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 19/02/2009

14 pelajar ponteng sekolah ditahan


KUMPULAN 14 pelajar yang ponteng sekolah ditahan ketika melepak di kawasan rekreasi berhampiran Kampung Bintongan, Negeri Sembilan, semalam.


REMBAU 18 Feb. - Gara-gara ponteng sekolah, sekumpulan 14 pelajar tingkatan empat sebuah sekolah berhampiran Chembong di sini ditahan polis.

Kesemua pelajar terbabit ditahan ketika melepak di kawasan rekreasi berhampiran Kampung Bintongan dekat sini hari ini.

Kata Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom, dalam serbuan pukul 11.52 pagi itu, polis turut menahan tujuh buah motosikal yang dibawa pelajar-pelajar berkenaan.

''Siasatan polis mendapati tiga buah motosikal tidak mempunyai cukai jalan serta kesemua pelajar tidak memiliki lesen memandu,'' ujarnya ketika mengesahkan serbuan tersebut di sini hari ini.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan sama ada motosikal yang ditahan terbabit dalam kes kecurian.

Mizan berkata, serbuan dibuat susulan maklumat orang ramai berhubung kegiatan mencurigakan sekumpulan pelajar berpakaian seragam sekolah di kawasan berkenaan.

Beliau memberitahu, kesemua pelajar serta motosikal yang ditahan dibawa ke Balai Polis Rembau.

''Polis telah memaklumkan penahanan 14 pelajar terbabit kepada pihak sekolah dan ibu bapa mereka untuk tindakan selanjutnya.

''Ibu bapa juga diminta hadir ke Balai Polis Rembau untuk menuntut motosikal anak masing-masing,'' jelasnya.

Sementara itu, Mizan meminta ibu bapa sentiasa memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan gejala ponteng sekolah.

Tegasnya, ibu bapa perlu memainkan peranan secara proaktif bagi membanteras gejala tersebut yang dikhuatiri boleh mendorong pelajar melakukan aktiviti jenayah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.