saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 20/02/2009

SPCA bantu haiwan teraniaya


KEADAAN tempat tinggal yang selesa di SPCA, Ampang ini mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa individu, syarikat dan persatuan yang prihatin.


AMPANG 19 Feb. - Zaharah sedang memasak dengan pintu dapurnya terbuka apabila tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing yang comot.

Berang dengan kehadiran haiwan yang kelaparan itu, Zaharah mencapai penyapu dan terus memukulnya tanpa belas kasihan menyebabkan kucing itu terpaksa melarikan diri.

Namun, selepas beberapa ketika, kucing itu muncul kembali dan Zaharah yang masih belum reda kemarahannya, memukul haiwan itu sekali lagi dan terus menghempas pintu dapur.

Kehadiran kucing atau anjing liar yang comot, kotor dan tidak bertuan kerana kelaparan adalah antara pemandangan biasa yang dilihat di kawasan perumahan, kedai-kedai makan atau di pasar basah.

Situasi itu memang tidak disukai masyarakat, malah haiwan-haiwan ini selalu dianggap pengacau dan sering dikaitkan dengan imej kotor dan membawa penyakit.

Ramai di antara kita akan bersikap dan bertindak seperti Zaharah dengan harapan haiwan itu tidak akan datang lagi.

Yang pasti, tidak ramai yang mahu ambil peduli terhadap nasib haiwan terbiar itu dan sekadar melihatnya sahaja tanpa berusaha membela nasib haiwan-haiwan tersebut.

Jika anda singgah di Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan atau Society for Prevention of Cruelty to Animal (SPCA) di Ampang, Selangor, banyak haiwan dapat dilihat terutama kucing dan anjing jinak sama ada dibuang oleh tuannya atau dimasukkan ke situ kerana teraniaya.

Pusat penjagaan haiwan yang ditubuhkan sejak 1958 itu bukan sahaja melindungi haiwan terbiar tetapi turut menawarkan pelbagai perkhidmatan dari segi rawatan, pemulihan serta pendidikan mengenai penjagaan haiwan.

Pengurus SPCA, Chelvy M mengakui pusat itu menerima haiwan yang menjadi mangsa dera dan terbiar kira-kira 500 ekor setiap bulan.

Selain menjadi mangsa penderaan manusia termasuk disimbah air panas dan ditendang, ada juga yang tidak diberi makan oleh pemiliknya kerana bercuti panjang.

"Kebanyakan kes diterima berdasarkan laporan individu yang prihatin serta wakil persatuan penduduk, selain turut menerima kes dari pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya.

Memandangkan kemudahan dan ruang di pusat tersebut agak terhad, hanya kira-kira 200 ekor anjing dan 200 ekor kucing boleh diterima pada satu-satu masa.

Setiap haiwan itu akan dimandulkan bagi mengelakkannya daripada membiak.

"Secara purata, keupayaan seekor kucing membiak kira-kira empat kali setahun manakala anjing dua kali setahun. Setiap kali ia membiak, haiwan-haiwan ini akan melahirkan antara tiga hingga lima ekor anak.

"Pada kadar itu, bayangkan sahaja jumlah kucing atau anjing yang lahir dalam masa setahun,'' ujarnya bagi menjelaskan rasional pihaknya memandulkan haiwan tersebut.

Menurutnya, sebagai makhluk tuhan, haiwan-haiwan itu sebenarnya bukan sahaja berhak mendapat kasih sayang tetapi juga makan dan minum serta tempat perlindungan yang sempurna.

Bagaimanapun, katanya, akibat kurang kasih sayang dan keprihatinan, ada di antara kita tanpa disedari telah melakukan kekejaman terhadap haiwan-haiwan tersebut.

Sambil mengakui sememangnya pada peringkat awal memelihara haiwan kesayangan di rumah satu pengalaman menyeronokkan, tetapi lama kelamaan ia menjadi sebagai bebanan apabila ia tidak ditangani dengan betul.

Menurut beliau, ramai yang menyukai haiwan, bagaimanapun terlalu sedikit mempunyai pengetahuan dari segi kesihatan terutama kebersihan badan.

"Apabila haiwan kesayangan mereka sakit atau bermasalah misalnya, sesetengahnya mengambil jalan mudah membuang haiwan ini begitu sahaja.

"Selain kedai makan, pasar basah dan rumah orang antara lokasi yang sering menjadi sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab ini dengan harapan haiwan ini dapat meneruskan kehidupan,'' ujarnya.

Namun, kata Chelvy, ia bukan langkah terbaik kerana tindakan tersebut merupakan permulaan kepada seseorang melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Dalam keadaan yang tidak terurus, haiwan ini juga terpaksa berjuang mendapatkan makanan, berlindung dari hujan dan panas serta ancaman persekitaran termasuk kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Katanya, bagi mengelakkan kesesakan tempat tinggal, SPCA turut melancarkan program pengambilan haiwan angkat bagi menggalakkan orang ramai membela haiwan selain memupuk sifat menyayangi haiwan.

"Harga bagi seekor anjing bermula dari RM100 mengikut jenisnya manakala seekor kucing berharga RM70.

"Kami hanya menawarkan haiwan-haiwan ini kepada individu yang benar-benar suka dan menyayangi haiwan,'' ujarnya.

Sambil menyifatkan SPCA sebagai lokasi terbaik untuk memupuk nilai kasih sayang terhadap haiwan, masyarakat turut dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan di pusat itu seterusnya melengkapi misi persatuan terutama dalam usaha melindungi haiwan mangsa dera dan teraniaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.