saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 20/02/2009

Pelajar ponteng berkumpulan

SEREMBAN 19 Feb. - Tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru-guru dan pengaruh rakan-rakan.

Dua perkara itu dijadikan alasan utama oleh pelajar-pelajar yang degil untuk ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi kebelakangan ini.

Malah lebih buruk daripada itu, ada pelajar mempunyai modus operandi dengan memilih datang ke sekolah pada hari tertentu bagi mengelakkan perbuatan mereka dikesan.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri (JPNS), Datuk Abdullah Muhammad berkata, pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah sengaja ponteng sekolah kerana takut dimarahi guru.

"Kebanyakan mereka pada kebiasaannya ponteng secara berkumpulan dan jarang sekali mereka melakukannya seorang diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penahanan 14 orang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah berhampiran Chembong di Rembau oleh pihak polis ketika melepak di kawasan rekreasi berhampiran Kampung Bintongan semalam.

Dalam pada itu Abdullah menegaskan, pihak JPNS memandang serius gejala ponteng sekolah yang mula dikesan di beberapa buah sekolah di negeri ini.

Justeru beliau menggesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah supaya lebih peka dan proaktif dalam menangani masalah ini tanpa mengharapkan bebanan masalah itu ditanggung oleh pihak jabatan untuk menanganinya.

Katanya, walaupun JPNS telah melancarkan beberapa dasar dan program seperti Kempen Sifar Ponteng namun sekiranya tiada penglibatan maksimum ibu bapa dan sekolah, ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada pelajar.

"Sebenarnya beberapa pendekatan telah diambil oleh pihak jabatan dalam mengatasi masalah ponteng sekolah namun adakalanya sekolah terlepas pandang mengenai kelakuan beberapa pelajar yang dilihat melakukan perkara tersebut.

"Kita memang memandang serius perkara ini dan kita minta kepada pihak sekolah agar lebih proaktif untuk menjalankan pemantauan terhadap beberapa pelajar yang dianggap bermasalah dan sering melanggar peraturan sekolah," ujarnya

Beliau turut memberitahu, pengetua sekolah berkenaan telah pun memberikan keterangan mengenai perkara itu dan pelajar terbabit telah dikenakan tindakan tatatertib selain memanggil para penjaga untuk menjelaskan perkara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.