saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 22/02/2009

2 lagi sekolah agama di KL


ZULHASNAN Rafique beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama di Masjid Muadz Bin Jabbar, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 21 Feb. – Dua buah sekolah agama yang baru akan dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA- MAIWP) dan Sekolah Tahfiz Sains atau lebih dikenali sebagai ‘Sekolah Imtiaz’.

Menterinya, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, pembinaan SMA- MAIWP telahpun dimulakan di Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak di kawasan seluas 3.36 hektar dan dijangka siap penghujung 2010.

“Sekolah menengah berasrama penuh ini berupaya menampung seramai 1,200 orang pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk makmal, bengkel, kuarters kakitangan, surau dan pelbagai kemudahan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA ) peringkat Parlimen Setiawangsa di Masjid Muaz Bin Japal, Taman Setiawangsa di sini hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan Majlis Permuafakan Surau Dan Masjid Parlimen Setiawangsa (MAPEMS).

Zulhasnan yang juga anggota Parlimen Setiawangsa berkata, Sekolah Imtiaz Wilayah Persekutuan pula akan dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Setiawangsa di tapak seluas 8.8 hektar.

“Peruntukan awal RM30 juta daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi tujuan pembinaan sekolah tersebut telah diluluskan dan majlis pecah tanah akan diadakan pada bulan depan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini hanya empat Sekolah Imtiaz telah dibina di negara ini dan kesemuanya di Terengganu.

“Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Imtiaz bakal melahirkan golongan profesional muslim yang soleh, berakhlak, berilmu , berkeyakinan tinggi dan berketrampilan untuk menghadapi cabaran-cabaran di masa hadapan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 70 pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSRA dari tujuh Sekolah Rendah Agama di Parlimen Setiawangsa menerima sumbangan dan sijil.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.