saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/02/2009

Di sebalik Gurindam Jiwa

ORANG Melayu akan bersilat dan bertikam dengan kata sebelum bertingkah dengan senjata. Kata yakni bahasa dalam kehidupan orang Melayu berada pada kedudukan sangat tinggi. Setidak-tidaknya kepada orang Melayu pada zaman dulu. Ada kata menunjukkan marah, kesal atau kecewa dan yang menerima memahami maksudnya. Ini kerana orang Melayu faham bahasa.

Ada orang bertanya saya, kenapa terlalu minat dengan filem Gurindam Jiwa? Adakah kerana kejelitaan Latifah Omar atau manisnya atur dan susun kata dialognya? Saya beritahu, filem arahan M. Amin pada 1965 itu mendekatkan kita semua dengan akar budaya Melayu yang bertingkah dan marah dengan kata-kata, tanpa mengangkat senjata. Ia adalah satusatunya filem purba Melayu yang tidak ada pertarungan atau pembunuhan. Skrip asal filem ini dihasilkan oleh Hamzah Hussein.

Hampir semua filem purba Melayu dilakarkan secara stereotaip, ada wira dan ada penjahat. Wira akan berdepan dengan penjahat yang akhirnya akan menewaskan penjahat dalam tragedi berdarah.

Tetapi dalam Gurindam Jiwa, semua itu tidak ada kerana M. Amin melihat bahawa orang Melayu, sama-sama memahami bahasa. Pantun dan susun atur kata yang indah berlapis makna menjadikan Gurindam Jiwa sangat istimewa.

Seluruh dialog Gurindam Jiwa dibangunkan dengan pantun yang dicipta sedemikian rupa. Amat sesuai dengan kisah dilema seorang seniman diraja yang diasingkan kehidupannya dengan orang biasa waima isterinya yang berada dalam kelas biasa. Tetapi seniman walau apa pun tarafnya, tetap manusia biasa. Gurindam Jiwa mengingatkan kasih sayang tidak pernah terhalang oleh apa darjat manusia sekali pun.

Gurindam Jiwa menunjukkan marah orang Melayu marah yang beradab. Tingkah kata, susur irama dan lambang yang diangkat dari sekeliling kehidupan adalah bahasa yang difahami oleh semua. Maka dalam Gurindam Jiwa, marah tidak perlu dilontarkan dengan suara garang atau sepak terajang. Sebaliknya cuma dengan kata-kata yang berbisa.

Nordin Ahmad, Latifah Omar dan Malek Selamat antara teraju yang memberikan kejayaan kepada arahan M. Amin.

Semasa hayatnya, saya pernah bertanya M. Amin, "Kenapa bapak mengarahkan Gurindam Jiwa?" Kata M. Amin, "Aku suka kata-kata dari bahasa orang Melayu. Aku nak tunjuk orang Melayu bukan sentiasa mengangkat senjata untuk menikam musuh, orang Melayu tikam dengan kata-kata."

Orang Melayu harus faham bahasa orang Melayu, adat berbahasa bagi orang Melayu. Dalam kelembutan tingkah laku, orang Melayu juga ada marahnya. Tetapi marah dan rasa tidak berkenan orang Melayu difahami daripada gerak kata oleh orang Melayu lain.

Demikianlah kehidupan dalam Gurindam Jiwa yang seharusnya dibawa keluar dari dunia panggung dan menjadi amalan seluruh orang Melayu. Yang bukan Melayu mungkin susah kerana adat berbahasa mereka mungkin lain dan mungkin juga ada yang tidak mengerti bahasa.

Saya sangat tertarik dengan adegan Malek Selamat yang cuba menggoda Latifah Omar semasa ketiadaan suaminya, Nordin Ahmad. Semua orang tahu bagaimana jahatnya Malek Selamat dalam watak-watak filem lain. Tetapi dalam Gurindam Jiwa, Latifah Omar menangkis sekali gus menyedarkan Malek dengan kata-kata bahawa dia kepunyaan orang. Sejahat-jahat watak lakonan Malek, pengarah M. Amin menunjukkan dia baik apabila dia tidak terus menggoda Latifah Omar. Demikianlah istimewanya Gurindam Jiwa yang sudah menonjolkan wajahnya.

E-mel: [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.