saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/02/2009

Pemikiran Za'ba dan masyarakat Melayu abad 21

TAHUN 2009 telah lama membuka tirainya, menandakan sudah hampir lapan tahun kita melangkah ke abad 21 dan ke alaf baru.

Namun persoalan yang masih relevan sejak tarikh kemerdekaan sehingga kini ialah sejauh manakah Melayu maju sejak Malaysia merdeka 51 tahun lalu? Atau adakah Melayu telah bangkit sebagai sebuah bangsa yang maju lebih lama daripada angka 51 tahun itu?

Menilai semula kemajuan dan pemikiran bangsa Melayu, seseorang pasti tidak dapat menidakkan fakta bahawa telah berlaku peningkatan graf kemajuan bangsa Melayu jika diukur dengan pencapaian leluhur kita.

Semasa zaman penjajah dahulu, orang Melayu rata-ratanya miskin dan tinggal di kampung atau pedalaman. Kerja yang sinonim dengan Melayu ialah bertani dan hidup miskin.

Kini sudah ramai daripada kalangan kaum Melayu menjadi usahawan malah terkenal sebagai ahli konglomerat yang berjaya dan disegani.

Malah sudah ramai juga orang Melayu menjadi pendidik di sekolah dan universiti. Keadaan ini memastikan bangsa Melayu sentiasa berilmu dan maju dalam pelbagai bidang.

Seorang daripada pemikir Melayu pada kurun lalu, yang sehingga akhir hayatnya memikir dan membicarakan bagaimana untuk memajukan bangsa Melayu ialah Allahyarham Za'ba.

Pemikiran Za'ba boleh disoroti menerusi buku Adnan Haji Nawang yang bertajuk Za'ba: Patriot dan Pendeta Melayu. Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Penataran Ilmu pada 1994.

Antara idea yang sering Za'ba bicarakan di dalam setiap tulisan beliau dari tahun 1916 hingga 1923 ialah menyentuh empat aspek masalah orang Melayu pada zaman itu. Masalah berkenaan berkisar pada isu aitu pendidikan, agama, ekonomi dan politik.

Za'ba yang hidup sebelum merdeka, sering menggunakan kekuatan soalan untuk mengkritik penjajah dan kadang-kala masyarakat Melayu sendiri.

Niat utama beliau hanyalah untuk melihat bangsanya ini maju, kerana beliau yakin orang Melayu juga mempunyai keupayaan akal yang sama dengan bangsa lain di dunia ini.

Za'ba meletakkan pendidikan sebagai topik utama perbincangan. Beliau yakin bahawa kejayaan dalam pendidikan akan menjadikan elemen lain seperti ekonomi, politik dan sosial akan turut dicapai.

Beliau juga begitu mengambil berat tentang bangsa Melayu dengan pendidikan agama Islam.

Za'ba percaya bahawa kemajuan seseorang atau sesuatu bangsa itu bukan sekadar dizahirkan di dalam kehidupan di dunia, malah kejayaan itu seharusnya lebih bersifat komprehensif iaitu meliputi dunia dan akhirat.

Seperti yang ditulisnya, "Saya tidak percaya kedudukan kaum Islam seluruh dunia boleh menjadi betul jika mereka memberatkan pelajaran sepihak dunia sahaja atau sepihak agama sahaja seperti yang sudah-sudah dengan tidak disatukan antara kedua pihak itu bersama sekali dengan seberapa dalamnya yang boleh pada keduanya".

Membaca merupakan antara aktiviti terpenting di dalam pendidikan. Pada zaman sebelum merdeka, kebanyakan buku ditulis di dalam bahawa Inggeris.

Keadaan ini amat merisaukan Za'ba memandangkan bangsa Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung tidak berpeluang untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Za'ba mengkritik kerajaan Inggeris pada zaman itu. Beliau berusaha menyelesaikan masalah buku teks, buku pengetahuan umum dan kurikulum di dalam bahasa Melayu, juga berteraskan budaya Melayu.

Banyak perubahan telah berlaku sejak tulisan beliau dihasilkan sekitar tahun 1916-1923 itu, jika dibandingkan dengan zaman sekarang.

Bangsa Melayu telah dapat hidup dengan aman di tanah sendiri, memerintah dengan kudrat sendiri, malah dapat membaca dan memperolehi ilmu dengan lebih mudah dengan menggunakan bahasa sendiri.

Seharusnya, pandangan dan kritikan Za'ba ini perlu terus relevan sepanjang zaman. Biarpun ditulis puluhan tahun lalu, namun ia masih perlu difikir, dikupas dan isinya dilaksanakan oleh bangsa Melayu sekarang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.