saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 23/02/2009

Galeri Sultan Abdul Halim


SULTAN Abdul Halim Muadzam Shah menandatangani plak perasmian Galeri Sultan Abdul Halim sambil diperhatikan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun (dua kiri) dan Azizan Abdul Razak di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 22 Feb. – Rakyat negeri ini yang berminat untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai latar belakang Sultan Kedah, kini boleh melawat Galeri Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah di Medan Bandar yang mula dibuka hari ini.

Galeri yang diwujudkan di bangunan yang pernah menjadi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen negeri itu, mengambil masa kira-kira dua tahun untuk pengubahsuaian sehingga siap sepenuhnya.

Bangunan mahkamah yang dibina pada 1922 itu juga mempunyai nilai sejarahnya sendiri kerana ia dibina oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan kerjasama W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti (jurutera negeri), F.W.Wade ESQ (arkitek) dan H.W. Fofden (kontraktor).

Reka bentuk bangunan berkenaan bercirikan seni bina roman dan ia boleh dilihat daripada reka bentuk tiang dan ukiran yang terdapat pada bahagian dinding.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bangunan mahkamah itu telah dikosongkan apabila operasi mahkamah berpindah ke Kompleks Mahkamah, Jalan Suka Menanti pada Jun 2005.

“Bangunan mahkamah ini telah diubah suai untuk menjadi Galeri Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah pada 2007.

“Dengan kos kira-kira RM16 juta, akhirnya galeri ini dapat dirasmikan oleh Tuanku Sultan hari ini,” ujarnya ketika majlis perasmian galeri tersebut di sini.

Menurut Azizan, galeri itu akan menempatkan sebahagian barangan dan koleksi peribadi Tuanku Abdul Halim untuk tatapan orang ramai dan akan dipelihara sebagai barangan sejarah.

“Di sini pengunjung boleh melihat koleksi gambar Tuanku Sultan sejak kecil, dewasa sehingga baginda menempuh alam perkahwinan.

“Selain itu, koleksi peribadi, hobi serta perkara-perkara yang berkaitan dengan kesultanan Kedah akan turut dipamerkan di sini,” katanya.

Jelas Azizan, lokasi galeri tersebut yang terletak di Medan Bandar juga amat strategik kerana berhampiran bangunan bersejarah lain seperti Masjid Zahir, Balai Besar, Balai Nobat dan sebagainya.

“Galeri ini juga dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan Kedah Heritage Trail.

“Para pengunjung mengambil pakej ini akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di negeri ini selama 12 jam bermula di Stadium Darul Aman, Galeri Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Medan Bandar, Pekan Rabu, Gunung Keriang dan Kota Kuala Kedah,” tambahnya.

Galeri itu akan dibuka kepada orang ramai secara percuma selama tiga hari mulai hari ini.

Selepas itu, bayaran sebanyak RM5 dikenakan kepada dewasa, RM2 (kanak-kanak bawah 12 tahun).

Galeri itu dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.