saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/02/2009

Ben Nathan bangkit dari ‘bertapa’


WAJAH terbaru Ben Nathan.


“KISAH 100 tahun dulu jangan diungkit-ungkit, aku lebih suka bercakap tentang projek aku sekarang.

“Kisah-kisah dulu, orang boleh bercakap, tapi... apa buktinya?” itu reaksi penyanyi Ben Nathan kepada Hits ketika ditanya mengenai kehilangannya yang begitu lama dari dunia seni sejak akhir 1990-an.

Tempoh kehilangan penyanyi itu pernah dikaitkan dengan dakwaan kononnya dia mengalami tekanan jiwa.

Penampilan Ben, penyanyi yang pernah mencuri hati para peminat seni suara hujung tahun 1980-an dengan lagu popularnya, Stanza Sepi Sekeping Hati dan Penantian Satu Ilusi kini amat berbeza berbanding dengan zaman kegemilangannya dulu.

Bagaimanapun, suaranya masih enak didengar ketika dia menyanyikan lagu itu semasa ditemu ramah.

Dengan dua buah lagu popular itu, Ben atau nama Islamnya, Ben Adam, 45, bekas artis Guntur Rekod berjaya mencipta nama di persada seni tanah air sebaris dengan penyanyi popular ketika itu seperti Nassier Wahab, Zamri, Shidee dan Ibnor Riza dengan lagu-lagu berirama balada dan cinta.

Dalam pertemuan selama sejam itu, Ben ghairah bercerita mengenai perancangannya dalam bidang seni suara yang dianggap sudah begitu sebati dengan dirinya.

“Aku tidak pernah menghilangkan diri dari dunia seni, sebaliknya aku sentiasa berusaha untuk kembali dengan lagu-lagu baru.

“Setahun dulu aku ada rakam lima lagu di sebuah studio di Johor dengan penerbitnya, Jeya Rahman.

“Tapi, bila dia meninggal dunia aku tak tahu apa jadi dengan lagu itu, mungkin master tapenya sudah dijual.

“Selepas itu, awal tahun lepas melalui Iedet Production aku dah rakam tiga lagu untuk album terbaru aku,” rancak Ben bercerita mengenai projek seni yang sedang dirancangnya.

Tiga buah lagu yang telah dirakamkan di Studio Iedet Production ialah Kenangan Silam, Tidak Ku Duga dan Cik Bedah.

Menurut Ben juga, lagu-lagunya kali ini menyentuh isu semasa tanah air dan masyarakat di samping lagu-lagu berunsur cinta.

“Masa berlalu dan manusia berubah. Aku rasa dalam usia begini selain lagu-lagu cinta, aku juga mahu nyanyikan lagu-lagu yang bakal menjentik minda generasi hari ini

“Aku yakin lagu-lagu aku dapat mencuri hati pendengar kerana irama sentimental dan balada memang begitu dekat di jiwa masyarakat Melayu dan peminat aku,” katanya penuh yakin.

Menurut Ben, proses rakaman albumnya akan disambung tidak lama lagi dan sebagai penyanyi dia tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan peminatnya.

“Memang aku ada dapat undangan menyanyi. Malah Mas Omar (Pengarah Promosi/ Promoter Masa Entertainment) ada juga undang aku menyanyi, tapi aku tak mahu.

“Buat apa aku menyanyi lagu lama aku. Nanti bila album baru aku keluar orang tak mahu beli. Aku hanya akan menyanyi apabila album aku siap, kita mesti pandai mengatur strategi,” Ben mendedahkan rahsia perniagaannya.

Jelas Ben, selain urusan rakaman dia juga sibuk dengan kerja lain yang mana semuanya akan membantunya menuju ke arah dunia seni yang lebih terjamin.

Apabila ditanya apakah projek lain selain album, tanpa ragu-ragu Ben berkata;

“Aku ada banyak projek tapi semuanya rahsia. Aku tak boleh beritahu nanti orang lain curi projek aku,” ujarnya menyambung perbualan.

Ben yang kini menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor ketika ditanya mengenai apa yang dirinduinya selama menyepi dari bidang seni menjawab:

“Sebenarnya aku rindukan kawan-kawan aku dulu. Tapi nak buat macam mana mereka semuanya bawa diri masing-masing.

“Aku baik dengan Datuk Shake tapi dia pun tak ada di sini, aku kenal dengan Datuk Khadijah Ibrahim tapi dia sibuk. Aku juga pernah menyanyi dengan Mazuin Hamzah tapi entah ke mana dia.

“Aku harap bila album baru aku keluar berjudul Setitik Darah Yang Berharga, peminat-peminat aku akan menyokong dan membelinya. Hanya dengan itu sahaja, aku dapat terus menyanyi,” kata Ben penuh mengharap sebelum dia meminta diri untuk beredar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.