saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/02/2009

Harga gula kekal

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Harga gula yang diuar-uarkan akan naik hujung bulan ini kekal pada kadar sedia ada.

Ini bermakna harga gula kasar dan gula halus kekal RM1.45 dan RM1.55 sekilogram di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.55 dan RM1.65.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad sehubungan itu memberi amaran kepada para peniaga supaya tidak menaikkan harga gula.

Jelas beliau, para peniaga terutama peniaga kecil yang didapati dengan sengaja menaikkan harga gula untuk mengaut keuntungan lebih akan dikenakan tindakan.

"Kementerian telah kenal pasti ada peniaga kecil di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang menerima bekalan daripada peruncit telah menaikkan harga barang keperluan itu.

"Peniaga terbabit mendapat bekalan gula daripada peruncit dengan harga dijual oleh peruncit, sebab itu mereka naikkan harga kerana mahu dapat untung,'' katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melancarkan kempen penurunan harga oleh Nestle (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.