saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 24/02/2009

17 kumpulan muzik sah sertai RWMF 2009

24/02/2009 7:41pm

SIBU 24 Feb — Sebanyak 17 kumpulan muzik etnik bertaraf antarabangsa termasuk empat kumpulan tempatan telah mengesahkan penyertaan pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2009 di Kuching, Julai ini.

Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak Datuk Micheal Manyin hari ini berkata seramai 22,000 pelawat termasuk 80 peratus daripada mereka pelawat asing dijangka menyertai festival tahunan itu dari 10 hingga 12 Julai ini.

Katanya pemuzik etnik yang akan memeriahkan acara pelancongan antarabangsa itu adalah mereka dari benua Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan negara-negara Asia.

“Adalah menjadi cabaran utama menganjurkan festival tahunan ini dengan mempelawa pemuzik yang dapat mempamerkan keunikan dan kelainan muzik tersendiri bagi mengekalkan ianya menarik sekali serta saingan sengit,” katanya.

Mengenai persiapan RMWF 2009, Manyin menjelaskan pengubahsuaian pentas baru yang dapat menampung 800 tempat duduk dan sistem perparitan sedang berjalan lancar dan dijangka siap 3 Jun ini.

Festival anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak ITU akan berlangsung di Kampung Budaya Sarawak di Santubong, kira-kira 45 kilometer dari bandaraya Kuching.

Katanya setiap orang dewasa akan dikenakan bayaran masuk RM90 untuk menyaksikan persembahan selama hari dan RM250 seorang bagi sepanjang tiga hari.

Tiket boleh diperolehi di Pusat Maklumat Pelancongan di Kuching, Sibu dan Miri dan di Boulevard, Kompleks Mid Valley, Kuala Lumpur sehingga 26 Jun ini.

Katanya bayaran tiket untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun adalah sebanyak RM45 untuk sehari dan RM100 untuk persembahan tiga hari.

“Tiket juga akan dijual di pintu masuk semasa tempoh festival itu tetapi akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM10 untuk kanak-kanak dan dewasa,” katanya.

Manyin menjelaskan RMWF tahun lepas telah menjana pendapatan sebanyak RM23 juta dan menjangka meningkat kepada RM25 juta tahun ini dengan ASTRO sebagai penaja utama.

Peminat muzik juga boleh membeli tiket RMWF 2009 dengan melayari laman web di www.TicketCharge.com.my.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.