saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 25/02/2009

Usah direbut Bukit Lanjan, biarkanlah…

ELIZABETH Wong (Eli) kini entah di mana. Ada yang mengatakan dia berada di sebuah negara di Asia Timur. Bosnya, Anwar Ibrahim memintanya pergi bercuti. Tenangkan fikiran dan kemudian balik semula 'bagi meneruskan tugas-tugas Exco seperti biasa'.

Apabila balik kelak, anggaplah tiada apa-apa yang berlaku. Itulah yang diinginkan Anwar.

Sebaliknya, mengenali Eli daripada rakan-rakannya - termasuk seorang rakannya yang menghantar surat kepada Utusan Malaysia sendiri - Eli seorang yang berpegang teguh kepada prinsip, bekas aktivis sosialis yang kuat kerja dan seorang sahabat yang setia. Jika itulah sifatnya, pastinya beliau akan meletakkan jawatan - kerajaan dan parti serta sebagai wakil rakyat di Bukit Lanjan.

Insiden yang menimpa Eli ini sungguh tidak disangka-sangka. Gambarnya, entah dari mana tiba-tiba muncul. Polis sedang menyiasat. Setakat kelmarin, ramai yang dipanggil memberi keterangan - rata-rata adalah dari kalangan rakan-rakan media.

Kononnya digembar-gemburkan bahawa media arus perdanalah yang mula-mula sekali menerima 'gambar-gambar itu'. Namun yang sebenarnya, semasa 'berita panas' itu tersebar, masing-masing rakan-rakan tertanya-tanya adakah gambar itu? Tiada siapa yang ada - Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, The Star - masing-masing mencari gambar itu semasa ia mula tersebar.

Kalangan ahli-ahli PKR terus menyalahkan media arus perdana kononnya mereka yang memulakan penyebaran ini. Mereka mahu menunjukkan bahawa media arus perdana itu mempunyai agenda jahat. Itu biasalah. Sering kali akhbar arus perdanalah yang dijadikan kambing hitam.

Bukan sahaja media yang dituduh, BN turut dituduh berkonspirasi kerana mahu menjatuhkan kerajaan Selangor. Walaupun, pelbagai pihak di pihak BN menafikannya, tuduhan demi tuduhan tetap disebarkan.

Namun persoalannya sekarang, apakah Elizabeth Wong akan melepaskan jawatannya dan memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Bukit Lanjan?

Dua bukit lagi sudah pasti akan berlaku pilihan raya kecil. Kedua-dua pihak - BN dan pakatan pembangkang sedang mencari-cari calon yang paling sesuai untuk dipertaruhkan di situ. Silap pilih calon bungkus. BN sekali lagi akan menjadi underdog. Calon BN kena betul, sebaliknya jika trend PRU 12 diambil kira, pakatan tiada masalah. Letaklah siapa pun, ia boleh menang.

Persoalannya sekali lagi, adakah trend PRU 12 itu akan kekal? Apakah trend pengundi di Perak masih tidak berubah? Di Kedah pula bagaimana? Apakah BN boleh menang kali ini, atau kedua-dua bukit itu terus kekal di tangan pakatan?

Di Bukit Lanjan pula? Jika dikaji dari segi kedudukan geopolitiknya, Bukit Lanjan yang pada asalnya dulu sebahagian besar dihuni oleh Orang Asli dan orang Melayu telah dicairkan hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kini ia dihuni oleh 52.8 peratus pengundi Cina - yang terdiri daripada golongan elit dan sederhana. Melayu hanya 31.8 peratus dan India 14.7 peratus. Golongan elit Cina di situ, jika mereka diberi pilihan, mereka lebih gemar memilih pemimpin yang out-going ala aktivis NGO seperti Eli.

Pada PRU 12 Mac 2008, Eli mewakili PKR, menang besar 12,125 undi mengalahkan calon BN yang memperoleh 6,970 undi.

Sebaliknya, pada Pilihan Raya Umum 2004, pengundi memberi kemenangan kepada BN dengan undi sebanyak 11,460 undi mengalahkan calon Keadilan yang memperoleh 3,121 undi. Pengundi Bukit Lanjan tidak memberikan undi kepada V. Panneerselvam (Keadilan) dan memberi kemenangan kepada Yong Dai Ying (BN). Pada masa itu mereka tidak banyak pilihan untuk memberi undi kepada pembangkang.

Persoalannya, bolehkah BN menguasai kembali kawasan tradisinya itu? Bolehkah nilai-nilai moral yang membabitkan Eli itu boleh mengembalikan undi kepada BN?

Melihat kepada trend pengundi Cina, isu moral ini tidak begitu penting. Mereka lebih melihat dari segi keupayaan calon berkenaan dan apa yang calon itu boleh menyumbang kepada mereka.

Melihatkan atas kertas, sukar untuk BN menang di Bukit Lanjan.

Saya berpendapat, biarlah BN tumpukan sepenuh perhatian di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sahaja.

Sekiranya Elizabeth - memutuskan mahu mengosongkan juga kerusi itu - syor radikal saya ialah biarkanlah.

BN tidak perlu bertanding. Saya yakin akan ada calon Bebas yang akan bertanding menentang mana-mana calon PKR itu. Ini bukan soal takut atau berani. Banyak cara lain untuk menunjukkan keberanian.

Tunjukkan kepada masyarakat umum dan pengikutnya bahawa isu moral itu adalah benar dan tiada konspirasi politik itu juga adalah benar.

Yang lebih utama biar rakyat menilai sendiri bahawa itulah kualiti sebenar wakil rakyat yang ada - dalam pakatan tersebut.

Jangan tunjuk yang BN bergelut sangat mahukan kerusi itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.