saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/02/2009

Kerajaan P.Pinang tidak prihatin nasib rakyat

PULAU PINANG 24 Feb. - Para pemimpin UMNO negeri ini menyelar tindakan kerajaan negeri mengarahkan premis perniagaan milik 80 pengusaha di Batu Feringghi di sini yang telah dimajukan sejak 30 tahun lalu, dirobohkan.

Malah, mereka mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkan akan 'membunuh' mata pencarian pengusaha di situ terutama ketika menghadapi krisis ekonomi global.

Rata-rata mereka mahu supaya kerajaan negeri berbincang sekali gus mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu golongan itu serta 500 pekerja dalam sektor berkenaan di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung, Raja Munir Shah Raja Mustapha berkata, kerajaan negeri sepatutnya membantu rakyat bukannya menyusahkan mereka dengan mengambil tindakan yang kejam.

"Kejam memang kejam, ramai yang kena buang kerja pada masa ekonomi gawat ini, kerajaan negeri pun hendak buat perkara sama, tiba-tiba keluar notis kosongkan premis.

"Macam mana hendak cari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga sedangkan selama ini mereka menyara hidup melalui hasil jualan yang dijalankan di situ," katanya.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 500 pekerja industri pelancongan di Batu Feringghi akan kehilangan mata pencarian berikutan tindakan kerajaan negeri mengarahkan premis perniagaan milik 80 pengusaha di situ dirobohkan.

Notis mengosongkan premis yang beroperasi sepanjang pesisir pantai sejauh lima kilometer dari Hotel Rasa Sayang sehingga ke Hotel Bayview Beach Resort itu dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut pada 16 Februari lalu.

Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya turut menyelar tindakan itu kerana ia bertentangan dengan situasi semasa.

"Dalam keadaan sekarang, sepatutnya mereka membantu rakyat mencari peluang pekerjaan, bukan bertindak kejam macam ini," ujarnya.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman, ini bukti kerajaan Pulau Pinang hanya pandai bermain kata-kata dan menabur janji manis.

"Semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah, jika kita ada kedai yang didirikan di tempat tidak sesuai, kita bantu cari tempat lain supaya mereka dapat terus mencari mata pencarian untuk keluarga.

"Tapi kerajaan negeri sekarang hantar notis minta mereka kosongkan premis," katanya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung, Jeffri Salim pula berkata, tindakan kerajaan negeri itu langsung tidak menampakkan konsep 'kerajaan mesra rakyat' yang selama ini dilaung-laungkan.

"Mereka perlu sedar, pengusaha berkenaan bukan saja mampu menjana pendapatan daripada sektor pelancongan tetapi memberi peluang pekerjaan terutama dalam keadaan sekarang," tegasnya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bendera, Rafizal Abdul Rahim berpendapat masih ada ruang untuk perkara itu dibincangkan antara kedua-dua pihak.

"Kami ada strategi untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan kami sudah berbincang hampir sebulan lalu dan kita percaya ada penyelesaiannya," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati pihak berkuasa belum merobohkan premis terlibat walaupun tempoh notis tamat semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.