KOTA
ARKIB : 25/02/2009
PDRM, MBPJ kongsi maklumat jenayah
PETALING JAYA 24 Feb. - Polis Selangor akan berkongsi maklumat dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi membangunkan pangkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di bandar raya itu.
Sistem GIS iaitu sistem pemetaan secara berkomputer itu akan membolehkan polis meningkatkan operasi membanteras kegiatan jenayah.
Pada masa yang sama, sistem itu juga berperanan sebagai saluran informasi bagi masyarakat mengetahui kawasan-kawasan yang sering berlaku kes-kes jenayah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, antara maklumat jenayah yang dimasukkan ke dalam sistem itu termasuk masa kejadian, kawasan terlibat dan modus operandi.
"Kaedah ini dijangka mampu membantu polis merancang usaha pencegahan jenayah secara holistik, cepat dan tepat.
"Selain dapat mengenal pasti kawasan-kawasan 'hitam' yang banyak kejadian jenayah dilaporkan, polis yakin kaedah ini mampu membendung jenayah dengan berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyerahan GIS Crime Base Mapping MBPJ kepada Polis Selangor di MBPJ di sini hari ini.
Turut hadir, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman dan semua Timbalan Ketua Polis Daerah di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Dalam pada itu, Kok Chin berkata, maklumat jenayah melalui sistem tersebut juga akan membantu pegawai perancang bandar menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya selamat.
Katanya, terdapat 23 langkah yang sedang diambil oleh MBPJ melalui sistem GIS termasuk menempatkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) terutama di kawasan-kawasan 'hitam', membina lebih banyak pondok polis serta menyediakan lebih ramai polis bantuan.
Beliau menambah, kerjasama itu merupakan julung kali diwujudkan di negara ini dan sekiranya ia mampu mengurangkan kadar jenayah di Petaling Jaya, ia mungkin akan diguna pakai di daerah-daerah lain.
Sementara itu, Mohamad Roslan berkata, pihaknya percaya sistem itu mampu membantu pihak polis mengenal pasti dan memberi tumpuan pengawasan ke atas kawasan tumpuan jenayah.
"Maklumat ini telah digunakan untuk menentukan lokasi cadangan balai polis yang sesuai, lokasi pemasangan CCTV dan kawasan pembangunan semula landskap supaya risiko jenayah dapat diminimumkan," ujarnya.
Selain itu, katanya, perkongsian maklumat dalam GIS itu juga akan membolehkan pihak polis dan MBPJ berkongsi maklumat-maklumat yang terdapat dalam pangkalan data GIS untuk kebaikan umum.
Namun, tegasnya, dalam menjayakan misi menuju ke arah bandar selamat, selain GIS, kerjasama semua pihak amat diperlukan.
'Bukan salah kami'
LRT3 lonjak nilai hartanah di Shah Alam
Pensyarah MMU cipta sistem hadapi bencana alam, kecemasan
Sokong lupus deposit 10 %
Peluang kenali Kampung Baru
Imej baharu Dataran Merdeka
PicoSA mampu lahirkan pencipta muda kreatif
Dash atasi kesesakan Puncak Perdana
Pelajar 36 sekolah kutip 80,000 kilogram bahan kitar semula
Tanah perkuburan tidak cukup
Bertindak tegas tangani pencemaran sungai
54 peniaga asing ditahan
Bilik sampah jadi tempat teduh
Penduduk bimbang dinding rumah retak teruk
Hujan jejas bukti pencemaran
Gangguan bekalan air : 91.2 peratus kawasan pulih
PENDUDUK PPR BASMI DENGGI
Empat usahawan terima Anugerah Asnaf Cemerlang LZS
Kuala Lumpur masih selamat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||

Facebook




