saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 26/02/2009

Ungkapan 'celaka' Karpal cetuskan kekecohan

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dengan penyokong-penyokong kerajaan.

Insiden itu tercetus apabila Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) bangun mendesak supaya Karpal menarik balik ungkapan 'Pemuda UMNO celaka' yang berulang kali disebutnya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Kebangsaan DAP mengungkap perkataan itu bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap pergerakan itu yang didakwanya terlibat melakukan demonstrasi dan membuat laporan polis berikutan hasratnya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

''Ini sudah boleh jadi rekod dunia apabila saya mendapat 100 laporan polis dan dua butir peluru.

''Mengikut Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri jika memiliki satu peluru, kalau didapati bersalah boleh dihukum mati mandatori. Jadi di mana Pemuda UMNO celaka dapat dua peluru ini," katanya.

Setelah didesak berkali-kali oleh Ismail dan Mohd. Puad, Karpal akhirnya menarik balik dakwaannya bahawa pergerakan itu mengirimkan peluru kepada beliau, tetapi enggan berganjak dengan ungkapan celaka yang telah disebutnya.

''Saya tidak tuduh sesiapa (kirim peluru), tetapi ungkapan celaka ini saya buat kerana Pemuda UMNO adalah celaka.

''Ini kebenaran Tuan Speaker. Saya tidak mahu sesiapa ganggu. Saya ada hak untuk bercakap mengenai kebenaran. Pemuda UMNO adalah celaka kerana adakan demonstrasi di Pulau Pinang," katanya.

Bagaimanapun, setelah dinasihat berulang kali oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Karpal akhirnya menarik balik ungkapan celaka itu.

''Kalau suruh tarik balik, saya tarik balik. Tetapi saya beri amaran kepada Pemuda UMNO, jangan main-main dengan saya. Singh is King (tajuk sebuah filem Hindi)," tegasnya.

Dalam pada itu, Karpal sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila memainkan pita rakaman ucapan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi dalam satu konvensyen di Kuching, Sarawak pada November lalu yang dikatakan mengakui telah memberi rasuah.

Tindakan Karpal itu menimbulkan perasaan tidak puas hati Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mencelah sambil menyifatkan rakaman audio itu tidak jelas dan lebih mirip seperti seseorang sedang menyanyi karaoke.

Terdahulu ketika memulakan perbahasannya, Karpal berkata, beliau akur dengan keputusan majoriti para pemimpin pakatan pembangkang yang mahukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengetuai pakatan itu.

''Apa-apa selisih faham adalah di antara saya dengan Anwar dan tiada apa-apa bisnes dengan BN.

''Mengikut pendirian pemimpin pakatan mereka masih mahukan Anwar sebagai ketua, jadi saya menerima keputusan majoriti," ujarnya.

Pada 8 Februari lalu, Karpal menyifatkan Anwar tidak layak memimpin pakatan itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Beliau juga meminta Anwar supaya bertaubat dan menggesa pakatan pembangkang supaya memilih seorang pemimpin baru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.