saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 27/02/2009

Galeri Macau tambah produk pelancongan

MELAKA 26 Feb. - Tarikan industri pelancongan di Melaka bertambah dengan pembukaan Galeri Macau yang akan dibina di Bukit Peringgit dekat sini, Ogos ini.

Datuk Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB), Yusof Jantan berkata, Macau menjadi negara luar kedua selepas Cuba yang mewujudkan galeri di kawasan galeri antarabangsa yang dibina oleh kerajaan negeri.

Menurut beliau, Galeri Macau mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menarik minat pengunjung dalam dan luar negara kerana mempamerkan gambar-gambar lama, pelbagai barangan antik dan persembahan kebudayaan dari negara tersebut.

''Dengan wujudnya Galeri Macau, Melaka menambah satu lagi produk pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri. Saya yakin galeri ini apabila dibuka Ogos ini mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MBMB dan kerajaan Macau.

MBMB diwakili Yusof manakala kerajaan Macau diwakili Setiausaha Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaannya, Dr. Chui Sai On.

Galeri itu yang akan dibina bersebelahan Galeri Tun Ghafar Baba, kata Yusof, secara tidak langsung akan turut menambah kedatangan pelancong dari Macau ke Melaka.

''Penubuhan galeri ini juga dapat merapatkan hubungan dua hala antara Melaka dan Macau kerana bukan sahaja dari segi pelancongan tetapi juga dari aspek lain turut menjadi agenda yang akan diteruskan," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya tidak bercadang membuka galeri Melaka di Macau walaupun terdapat galeri negara itu di negeri ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.