saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/03/2009

Tidak salah guna perkataan Allah - Nik Aziz

KOTA BHARU 1 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai pembatalan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian kerana terdapat kesilapan pada warta yang dikeluarkan.

Jelasnya, biarlah isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian diselesaikan oleh pihak yang berkenaan.

Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau sendiri keliru berkenaan isu ini yang banyak dilaporkan media tempatan.

"Dulu timbul isu kesilapan mentafsir tetapi kali ini berlainan pula oleh itu saya tak ambil perhatian sangat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penggunaannya kepada orang bukan Islam katanya, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

"Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya.

"Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.