saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 02/03/2009

Nurfeiqha wira catur OKU


NURFEIQHA Mohamed Halil yang cacat penglihatan menunjukkan pingat emas dan sijil yang dimenanginya dalam pertandingan catur di Korat Thailand di Johor Bahru, baru-baru ini. - UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 1 Mac - Walaupun telah memungut dua pingat emas dalam pertandingan catur Kejohanan Paragames ASEAN ke-4 di Korat, Thailand tahun lalu, namun masih ramai yang tidak mengenali pelajar tingkatan tiga, Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Nurfeiqha Mohamed Halil, 15.

Malah, Nurfeiqha yang menghadapi masalah cacat penglihatan sejak lahir merupakan peserta paling muda menewaskan peserta lain yang jauh lebih dewasa bagi menggondol emas kategori individu wanita dan wanita berpasukan.

Walaupun kejayaannya itu adalah sumbangan yang amat besar kepada negara yang membolehkan beliau layak diangkat sebagai wira, namun kisah cemerlang anak gadis ini kurang mendapat liputan media.

Adakah hanya kerana beliau merupakan atlet orang kurang upaya (OKU), maka kejayaannya dipandang sepi dan tidak layak diberi penghargaan setanding atlet normal yang lain?

Utusan Malaysia baru-baru ini menemuramah 'wira yang tidak didendang' itu bersama ibu bapanya untuk memperkenalkan Nurfeiqha di mata masyarakat.

Ibunya, Maimon Awalludin, 58, Nurfeiqha yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik mengalami cacat penglihatan sejak dilahirkan dan telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali untuk mengatasi masalah itu.

''Walaupun penglihatannya tidak dapat dipulihkan sepenuhnya, namun ada sedikit perubahan dan dia kini boleh nampak sedikit-sedikit.

''Saya bersyukur walaupun penglihatannya bermasalah, namun hatinya terang, cepat belajar dan saya bangga dia dapat menyumbang kepada negara menerusi kemenangannya di Korat,'' kata Maimon yang merupakan seorang pengusaha kafeteria.

Sementara itu mengenai penglibatan awal dalam permainan catur, Nurfeiqha berkata, ia bermula sejak usia enam tahun apabila ayahnya, Mohamed Halil Sabdullah, 61, membelikan sebuah komputer untuknya.

''Mulanya hanya cuba-cuba main permainan catur yang terdapat dalam komputer namun lama-lama jadi seronok pula.

''Kemudian abang ada beri tunjuk ajar sikit nak main catur dan lepas itu semua orang dalam rumah saya ajak lawan,'' katanya.

Nurfeiqha berkata, minatnya terhadap catur semakin bertambah sewaktu belajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth di sini yang mempunyai sebuah kelab catur untuk murid-murid OKU sepertinya.

Katanya, ilmu permainan catur semakin didalaminya setelah melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar di sini.

''Guru-guru di situ mengajar saya bermain catur dengan lebih teratur termasuk penggunaan strategi yang lebih efektif dan sistematik.

''Malah mereka juga yang mencadangkan saya menyertai pasukan negara dalam pertandingan catur,'' katanya.

Sementara itu, apabila ditanya adakah kekurangan liputan media berhubung kejayaan di Korat mengecewakannya, Nurfeiqha sekadar menjawab:

''Saya tak kisah, kerana tidak minta pun untuk jadi terkenal. Apa yang penting saya dapat buktikan, golongan OKU juga dapat memberi sumbangan bermakna kepada negara,'' katanya.

Kini, walaupun tidak lagi bersekolah di SKPK Princess Elizabeth, namun Nurfeiqha masih mahu menabur bakti di sekolah lamanya itu dengan membantu membimbing murid-murid OKU di situ dalam permainan catur.

''Bukanlah sampai tahap menjadi jurulatih, tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan kemahiran untuk meningkatkan tahap permainan 'adik-adik' di sekolah lama saya," katanya.

Ditanya adakah dia yakin dapat mempertahankan kejuaraannya pada masa depan, Nurfeiqha dengan nada merendah diri menyatakan dia akan memberikan yang terbaik untuk mengharumkan nama negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.