saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 02/03/2009

Bapa korban masa demi kejayaan anak


NURFEIQHA Mohamed Halil menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam pertandingan catur di Korat Thailand kepada bapanya Mohamed Halil Sabdullah dan ibunya Maimon Awalludin di Johor Bahru.


JOHOR BAHRU 1 Mac - 'Anak abah.' Itu gambaran yang diberikan oleh Maimon Awalludin, 58, mengenai anak bongsunya, Nurfeiqha Mohamed Halil, 15.

Menurut Maimon, anaknya itu amat akrab dengan suaminya, Mohamed Halil Sabdullah, 61, yang merupakan seorang guru yang telah bersara.

Maimon berkata, suaminya itu sanggup berkorban menemani Nurfeiqha sepanjang tempoh dia menjalani latihan intensif di Kuala Lumpur.

"Abahnyalah yang menemaninya turun naik bas ke Kuala Lumpur semasa menjalani latihan intensif di Kuala Lumpur.

"Seingat saya, sebelum pertandingan di Korat, selama tujuh bulan pada setiap hujung minggu, mereka dua beranak ke sana untuk latihan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Suria di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamed Halil menyatakan, seperti remaja lain, anak bongsunya itu juga sukakan hiburan dan amat meminati penyanyi keluaran Akademi Fantasia, Adam.

"Di biliknya penuh dengan gambar Adam, dia suka sangat mendengar lagu-lagu nyanyian Adam," katanya.

Ditanya sama ada dia meminati Adam kerana kemerduan suara atau ketampanan penyanyi itu, Nurfeiqha yang kelihatan malu sekadar menjawab:

"Mestilah minat suara, mata saya bukannya nampak sangat muka dia."

Dalam pada itu, Nurfeiqha menyatakan dia bercita-cita untuk menjadi penulis suatu hari nanti kerana menurutnya, kerjaya itu memerlukan daya kreativiti yang tinggi.

"Bagi mengisi masa lapang, memang saya suka dengar nyanyian Adam, tetapi tak sampailah nak jadi penyanyi pula, cuma mengisi masa lapang.

"Yang penting saya mesti tumpukan perhatian pada pelajaran, tambahan pula saya akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.