saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 04/03/2009

PPSMI: Perjalanan dituju anak cucu kita masih jauh

KEBANYAKAN tokoh bahasa Melayu hari ini menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dengan alasan tidak memartabatkan bahasa Melayu.

Saya juga pencinta bahasa Melayu tetapi saya agak berlainan sedikit pandangan tentang perkara ini. Bagi saya pengunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik hanya dalam mata pelajaran yang berkenaan sahaja. Ini bukan menjejaskan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran lain. Malah PPSMI ini juga akan memantapkan lagi penguasaan mata pelajaran bahasa Inggeris bagi anak-anak kita.

Kita sibuk menentang sekeras-kerasnya isu ini hanya kerana dua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah tetapi tidak melihat bagaimana bahasa Melayu ini digunakan di tempat yang jauh lebih penting.

Sebagai contoh, lihat sahaja pemimpin, tokoh korporat dan tokoh penting lain yang sepatutnya menjadi contoh sebagai pemartabat bahasa Melayu tetapi masih ada antara mereka yang tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Masih menggunakan 'bahasa rojak'.

Malah yang lebih menyedihkan lagi ada tokoh Melayu yang tidak bercakap sepatah pun bahasa Melayu dalam urusan rasmi, temuramah dan sebagainya.

Begitu juga surat rasmi sebahagian daripada jabatan kerajaan atau swasta masih menggunakan bahasa Inggeris. Bagi saya perkara ini tidak ada kompromi kerana semua rakyat di Malaysia belajar bahasa Melayu.

Komen saya, apa tokoh bahasa buat menangani masalah ini? Di mana kelantangan suara mereka dan kenapa tidak ada dibuat memorandum atau perhimpunan menyuarakan perkara ini?

Isu ini lebih besar daripada PPSMI. Ia bila-bila masa boleh ditukar semula kepada bahasa Melayu. Tetapi apa jaminan dan peranan tokoh bahasa kepada isu besar seperti saya nyatakan tadi, adakah semudah kita memberhentikan PPSMI?

Selebriti tanah air dan kebanyakan mereka yang ditemuramah oleh stesen TV, berbangga dengan bahasa rojak, malu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya takut dikatakan orang tidak 'educated'. Kementerian Penerangan hendaklah bertindak tegas.

Selebriti atau individu rakyat Malaysia yang ditemuramah di TV hendaklah disyaratkan mereka menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Hanya ketegasan yang boleh merubah sikap orang Melayu bagi memartabatkan bahasa Melayu.

Saya malu, orang bukan Melayu lebih banyak menggunakan bahasa Melayu kalau ditemuramah jika dibandingkan dengan orang Melayu sendiri. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa memartabatkan bahasa Melayu lakukanlah hingga ke peringkat antarabangsa. Janganlah kerana PPSMI yang hanya merupakan dua matapelajaran yang terlalu kecil diperbesar-besarkan sehingga lupa perkara yang lebih besar tidak diambil perhatian yang serius.

Kebanyakan tokoh bahasa yang lantang menyuarakan isu ini sudah menjangkau umur 60 tahun ke atas. Zaman ketokohan mereka sudah hampir berlalu, janganlah libatkan anak cucu kita yang masih jauh perjalanan yang hendak dituju.

BEKAS GURU BAHASA MELAYU

Kuantan, Pahang

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.