saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/03/2009

300,000 dilarang keluar negara

KOTA KINABALU 3 Mac - Kira-kira 78,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara 300,000 rakyat negara ini yang dilarang keluar negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam berkata, mereka telah disenarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, imigresen, kastam, mahkamah dan PTPTN.

"Seramai 200,000 warga asing pula tidak dibenarkan masuk ke negara ini atas pelbagai sebab termasuk faktor keselamatan," katanya kepada pemberita semasa melawat Pejabat Imigresen Sabah di Likas, hari ini.

Pada masa ini terdapat kira-kira 6.7 juta pemegang pasport Malaysia.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menyemak status pasport mereka sama ada disekat atau tidak untuk ke luar negara.

Menurutnya, mereka boleh berbuat demikian dengan melayari laman web Jabatan Imigresen di http://www.imi.gov.my.

"Ada baiknya orang ramai membuat semakan awal secara online bagi mengelakkan rasa malu apabila mengetahui pasport mereka tidak sah, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara," katanya.

Beliau berkata, sistem online itu diperkenalkan sejak 5 Februari lalu dan menerima lebih 200,000 hit setakat ini.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, jumlah pekerja asing yang memperbaharui pas lawatan kerja di Malaysia meningkat kepada 2.3 juta orang tahun lalu berbanding 2.2 juta tahun sebelumnya.

"Di Sabah saja, 197,000 pekerja asing menyambung permit kerja tahun lalu berbanding 230,000 orang pada tahun sebelumnya," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.