saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 04/03/2009

Sokongan kerajaan pemangkin seni Islam


JAINAL Sakiban Al-Jauhari membuat demonstrasi seni khat kepada orang ramai sempena Perasmian Pameran Seni Khat 2009 di Galeri Seni Johor, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 3 Mac - Sokongan penuh kerajaan merupakan pemangkin serta teras kepada perkembangan dan pembangunan seni khat Islam di negara ini.

Pengerusi Persatuan Seni Khat Kebangsaan Johor, Jainal Sakiban Al-Jauhari berkata, pelbagai usaha sedang giat dijalankan kerajaan bagi memastikan seni khat Islam terus dimartabatkan.

Beliau berkata, program pembelajaran tulisan Jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (J-Qaf) membuktikan bahawa kerajaan juga memandang serius terhadap pembangunan seni khat yang semakin terpinggir kesan daripada arus pembangunan semasa.

"Program J-Qaf merupakan penyambung kepada seni khat kerana pendidikan mengenai seni juga termasuk dalam sukatan kurikulum pembelajaran mereka.

"Usaha ini adalah sesuatu yang harus disokong bagi memastikan seni khat dan tulisan Jawi tidak terus dipinggirkan. Jika terus dibiarkan, generasi akan datang mungkin tidak akan mengenalinya," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perasmian Pameran Seni Khat Islam 2009 di sini baru-baru ini.

Jainal Sakiban berkata, pengenalan seni khat di peringkat akar umbi melalui program J-Qaf adalah satu langkah yang baik kerana pendedahan seperti ini harus dimulakan dari peringkat sekolah bagi memupuk minat mereka.

Beliau berkata, pihaknya begitu optimis dengan program seperti itu kerana ia bukan sahaja dapat memupuk minat terhadap seni khat, malah dapat memberi kesedaran tentang keindahan seni di sebalik seni abstrak tersebut.

"Mungkin masih terlalu awal untuk kita menilai sejauh mana keberkesanan program ini tetapi saya yakin ia mampu untuk mengembalikan sinar kegemilangan seni khat di negara ini dan kita sedang menuju ke arah itu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di setiap negeri juga harus memainkan peranan mereka dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan seni khat kerana kerjasama daripada mereka merupakan asas penting dalam pembangunan seni tersebut di setiap negeri.

Beliau menjelaskan, penglibatan pihak NGO amat diperlukan bagi mewujudkan kepelbagaian program untuk menyelamatkan seni khat yang semakin ditelan zaman.

"Sekiranya semua pihak bekerjasama untuk tujuan itu, maka tidak mustahil kegemilangan seni khat dapat dikembalikan semula di negara ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.