saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/03/2009

Majlis Raja-Raja diminta tuntut imuniti dikembalikan

06/03/2009 2:59pm

ALOR SETAR 6 Mac. — Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta Persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu.

Yang Dipertuanya Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata desakan itu akan dibuat selepas satu perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur melibatkan 250 NGO bagi menyatakan taat setia kepada raja-raja Melayu tidak lama lagi.

“Kalau imuniti raja-raja dikembalikan, isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta Mencari Harta Karun anjuran PKDK di sini hari ini Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melepaskan 45 kereta yang menyertai acara itu dari Alor Setar ke Haadyai. Pada acara itu, Tengku Zainol Rashid mengetuai lebih 100 peserta untuk melafazkan ikrar taat setia kepada Raja-Raja Melayu.

Tengku Zainol Rashid juga memberi amaran kepada ahli politik yang cuba membangkitkan isu kedaulatan raja-raja dalam agenda mereka.

“Sekiranya mereka buat lagi, kita akan cari jalan untuk mereka hentikannya,” katanya. — Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.