saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 06/03/2009

Ahmad Johari dilantik Profesor Adjung UiTM

KUALA LUMPUR 5 Mac - Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah bersetuju untuk melantik Datuk Ahmad Johari Tun Abdul Razak (gambar) selaku Profesor Adjung Fakulti Undang-Undang untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jun tahun lalu hingga 31 Mei 2010.

Dekan Fakulti Undang-Undang, UiTM, Profesor Madya Saudah Sulaiman berkata, pihak fakulti berbesar hati kerana Ahmad Johari bersetuju untuk menerima pelantikan itu.

Menurutnya, ini adalah julung kali seorang pengamal guaman di sebuah firma guaman swasta tertua di negara (Tetuan Shearn Delamore & Co.) dilantik menjadi Profesor Adjung di fakulti tersebut.

''Ahmad Johari akan mengadakan syarahannya buat pertama kali esok bertempat di Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Saudah, antara tugas Profesor Adjung ialah memberi kuliah dan seminar kepada fakulti, menjadi tenaga pengajar dan kakitangan pengurusan serta pentadbiran dalam bidang undang-undang.

Selain itu, katanya, Profesor Adjung juga memainkan peranan untuk memberi nasihat dan bimbingan terhadap perkembangan kurikulum di samping pembangunan akademik Fakulti Undang-Undang.

''Memberi sumbangan dalam meningkatkan imej dan keunggulan UiTM dan fakulti sebagai institusi yang terkenal juga peranan yang perlu dimainkan Profesor Adjung.

''Apa yang penting adalah menjadi sumber rujuk kepada Fakulti Undang-Undang dan membuat penyelidikan bersama dengan pensyarah fakulti,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.