saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 08/03/2009

Perjuangan gender tajaan barat

WANITA pada hari ini semakin berani menyuarakan hak perjuangan. Namun, bentuk perjuangan menyuntik semangat yang berbeza di kalangan wanita sama ada perlu mengekalkan nilai feminin atau melaungkan kesaksamaan yang boleh melunturkan nilai tersebut.

Wanita barat misalnya, menuntut keadilan melalui beberapa gelombang semasa kurun 19 dan 20. Ia bermula melalui tiga gelombang perjuangan, bermula dengan menuntut hak untuk mengundi dan fenomena ini bermula sejak tahun 1960 lagi.

Wanita ketika itu dipandang rendah menyebabkan tercetusnya gerakan feminisme barat.

Menurut Pensyarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya, Profesor Datin Dr. Azizan Baharudin berkata, terkini walaupun Barat dikatakan moden, masyarakatnya bersikap terbuka, bebas dan lain-lain, sebenarnya masih banyak yang perlu diperjuangkan, misalnya gangguan seksual, diskriminasi gender dan lain-lain.

"Wanita Barat melalui Persidangan Wanita di Beijing pada tahun 1995, berjaya mengarus perdanakan konsep wanita di dalam pembangunan.

Fahaman Barat mungkin tidak menjadi kesalahan jika kita belajar (berkongsi) daripada pengalaman perjuangan gender di Barat," katanya ketika berucap dalam Muktamar Wanita Islam Di Alam Melayu 2009 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Hotel Palace Of The The Golden Horses baru-baru ini.

Dr. Azizan melihat senario wanita pada hari ini kepada tiga bentuk iaitu golongan yang dipengaruhi barat (liberal, sekular dan tiada nilai intrinsik), golongan yang diresapi kesedaran Islam tetapi keunikan kemelayuan sebagai identiti budaya terhakis dan terakhir wanita yang mengharmonikan antara arus global, identiti Melayu dan nilai Islam.

Tambahnya, alam Melayu mempunyai tokoh-tokoh wanitanya sendiri, misalnya Tun Fatimah, Tjut Njak Dhien, raden Ajeng Kartini, Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi.

"Kita perlu mengenal diri kita atau wanita kita. Tetapi dari segi nilai dan falsafah serta cara wanita Islam menuntut keadilan, bukan kesamaan.

Kita seharusnya mempunyai cara dan gaya kita sendiri," katanya

Oleh itu, pengaruh perjuangan gender di barat tidak semestinya menghakis jati diri wanita Islam, bahkan mesti di ambil iktibar.

Sekiranya perjuangan gender di barat tidak menghakis jati diri wanita Muslim, apa dan bagaimana sebenarnya situasi wanita Islam dalam konteks barat?

"Mungkin kita melihat tiga senario, dipengaruhi barat atau liberal iaitu agama sebagai budaya dan tradisi iaitu tiada nilai intrinsik yang hakiki hingga timbulnya konsep "Melayu celup".

Diresapi oleh kesedaran islam tetapi keunikan kemelayuan sebagai identiti budaya terhakis mengharmonikan antara arus global, identiti Melayu dan nilai Islam," ujarnya.

Dalam konteks yang lebih besar, teori gender indigeous (setempat "Islam-Melayu" di rantau kita) sendiri ingin dihurai ditakrif dengan motif utamanya kesaksamaan gender di kalangan masyarakat (selaras dengan prinsip-prinsip Islam) Dr. Azizan menyimpulkan dalam perspektif Islam, tidak ada diskriminasi negatif di sisi.

"Pencipta antara lelaki dan wanita. yang wujud ialah perbezaan yang positif kerana dari segi biologinya memanglah diwujudkan perbezaan (untuk fungsi yang berbeza) bagi lelaki dan wanita.

Perbezaan adalah ke arah saling memerlukan "ying-yang", lengkap melengkapi (wanita tiang negara, pemuda harapan bangsa) kelemahan manusia masih memilih untuk mendiskriminasi yang menjadi isu stereotaip," jelasnya.

Sebagai iktibar dan strategi masa depan, kita perlu memahami metanaratif Barat dan nilai-nilai dan hak jati diri.

Feminisme merupakan satu keperluan mengenai penindasan wanita dalam masyarakat serta tindakan dan kesedaran ini oleh wanita dan juga lelaki untuk mengubah keadaan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.