saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 09/03/2009

MIC pantau aktiviti Hindraf di luar negara

PUTRAJAYA 8 Mac - MIC akan terus memantau aktiviti Hindraf di luar negara terutamanya di India supaya pertubuhan haram itu tidak memburuk-burukkan nama negara di kalangan rakyat asing.

Ketua Penerangan MIC, Datuk M. Saravanan berkata, partinya sebelum ini telah menjelaskan kepada kerajaan India khasnya di Tamil Nadu bahawa dakwaan Hindraf mengenai penganiayaan kaum India di negara ini adalah tidak betul.

''Kita telah bekerjasama dengan pejabat pesuruhjaya tinggi di India untuk menjelaskan kepada kerajaan di Tamil Nadu bahawa segala dakwaan Hindraf itu bohong semata-semata.

''Pihak di India memahami keadaan sebenar di Malaysia dan mereka tidak akan terpedaya dengan dakwaan Hindraf," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kerajaan pada awal tahun ini telah meminta MIC membetulkan tuduhan tidak berasas oleh Hindraf di luar negara yang antaranya mendakwa kerajaan merobohkan sebuah kuil Hindu setiap minggu.

Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorty yang kini menetap di United Kingdom dilaporkan telah menyebarkan fitnah bahawa kerajaan Malaysia menzalimi masyarakat India dengan menyebarkan satu risalah bertajuk Laporan Minoriti India Malaysia dan Pencabulan Hak Asasi Manusia di dalam satu persidangan di Chennai, India.

Pemimpin Hindraf tersebut juga menyeru kerajaan India mengadakan sekatan perdagangan terhadap Malaysia dan menghentikan segala projek yang diberikan kepada syarikat Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.