saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/03/2009

Dasar PPSMI tidak perlu dimansuh

KUALA LUMPUR 9 Mac - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak perlu dimansuhkan sebaliknya orang ramai hendaklah memberi peluang supaya polisi itu dapat mencapai hasratnya.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau terkejut kenapa orang ramai kini mempersoalkan PPSMI walaupun dasar itu telah dilaksanakan enam tahun lepas.

"Saya tidak nampak rasional dengan meneruskan PPSMI boleh menjadi ancaman atau menunjukkan kurang hormat kepada bahasa kebangsaan kita. Walaupun keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan hasil yang menggalakkan terhadap PPSMI," katanya di sini hari ini.

Lee berkata, orang ramai hendaklah memahami dan menghargai hasrat sebenar dasar ini, yang diwujudkan untuk kepentingan terbaik generasi akan datang.

"Dasar ini bertujuan memperbaiki kefasihan anak-anak kita dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengetahuan dan anak-anak kita mestilah fasih menggunakannya agar kita terus tinggal kompetitif pada peringkat global," kata beliau.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk menangani kelemahan daripada dasar ini dengan lebih berkesan.

"Jika masalah dengan kefasihan guru-guru dalam Bahasa Inggeris, kerajaan hendaklah menanganinya dengan segera. Tetapi tidak perlu untuk memansuhkan dasar itu," kata beliau.

Katanya, sebarang ketidakpuasan hati dan rungutan hendaklah disalurkan kepada saluran yang betul dan jangan mengadakan demonstrasi. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.