saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/03/2009

Suami isteri maut, MPV rempuh lori rosak


KENDERAAN pelbagai guna (MPV) dan lori tangki yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 133.4 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan-Kuala Lumpur, semalam.


TEMERLOH 9 Mac - Sepasang suami isteri maut manakala menantu dan cucu mereka parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlanggar belakang lori tangki yang rosak di Kilometer 133.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, pasangan terbabit, Hoh Sang, 73, dan isterinya, Wong Shin Thye, 70, dari Karak maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada MPV yang dipandu anak lelaki mereka.

Katanya, kemalangan berlaku kira-kira lima kilometer dari Perhentian Rehat Temerloh pada pukul 2.45 petang.

Menurutnya, menantu mangsa, Lau Kwee Lan dan cucunya, Hoh Gar Oi, 15, cedera parah dalam kejadian itu manakala anaknya, Hoh Chui Lan, 47, serta dua lagi cucunya, Hoh Kah Jun, 12, dan Hoh Gaq Shin, 19, cedera ringan.

''Pembantu rumah warga Indonesia, Sri Wahyuni berusia 30-an turut cedera ringan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang bercuti dari Sungai Lembing, Kuantan sebelum terbabit dengan kemalangan itu.

Tambahnya, apabila tiba di tempat kejadian, anak lelaki mangsa yang memandu MPV tersebut dikatakan gagal mengawal kenderaan ketika cuba mengelak kon keselamatan lalu merempuh belakang lori tangki yang rosak di lorong kecemasan.

Sementara itu, pemandu lori terbabit memberitahu, tayar belakang lori yang penuh dengan muatan minyak diesel pecah apabila tiba di tempat kejadian dan dia terpaksa menghentikan lori di lorong kecemasan.

Pemandu terbabit yang enggan nama disiarkan memberitahu, selepas meletakkan kon keselamatan di atas jalan, dia cuba menukar tayar lori yang pecah sebelum ternampak sebuah MPV dalam keadaan tidak terkawal menuju ke arahnya.

''Saya bertindak melarikan diri ke bahu jalan bagi mengelak dilanggar MPV itu yang kemudiannya merempuh belakang lori," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.