saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 11/03/2009

Effendi, Malasingam angkat sumpah senator

KUALA LUMPUR 10 Mac - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi dan Pengerusi MIC bahagian Tapah, Perak, Dr. M. Malasingam hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh.

Effendi, 61, mengangkat sumpah memegang jawatan itu untuk penggal kedua manakala Malasingam dilantik bagi kali pertama.

Kedua-dua lantikan berkuat kuasa hari ini untuk tempoh satu penggal.

Effendi, ketika bercakap kepada pemberita selepas upacara itu melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana diberi peluang sekali lagi menyumbangkan khidmat bakti kepada negara.

Beliau berjanji akan memberikan sumbangan terbaik dengan memfokuskan kepada isu ekonomi yang bersesuaian dengan pengalamannya sebagai ahli perniagaan dan pemimpin korporat.

"Saya akan sumbangkan ilmu dan pengetahuan ketika persidangan Dewan khususnya isu-isu berkaitan bidang ekonomi yang sebati dalam jiwa saya serta pengalaman kerja dalam sektor swasta dan menjadi menteri Kabinet sebelum ini," katanya di bangunan Parlimen di sini.

Effendi, dilantik sebagai Senator bagi kali pertama pada Febuari 2006 dan pernah menjadi Anggota Parlimen Barisan Nasional bagi kawasan Dalat di Sarawak dari tahun 1999 hingga 2004.

Beliau yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam Undang-Undang dari University of Tasmania, Australia, menyertai Kabinet pada Disember 1999 dan bersara daripada politik pada 2008 untuk memberi perhatian kepada keluarga dan perniagaan.

Sementara itu, Dr. Malasingam, 59, pengamal perubatan merupakan lulusan perubatan dari Bangalore Medical University, India.

Beliau menjadi anggota MIC bahagian Tapah sejak 1981 dan pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi MIC bahagian Tapah pada tahun 2000 hingga 2002. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.