saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/03/2009

Ujian Najib II: Rangsangan kreatif, inovatif, komprehensif

SYABAS Datuk Seri Najib. Beliau mulai diuji. Pembentangan bajet mini yang dibentangkan semalam cukup kreatif, selain inovatif, komprehensif dan tidak ortodoks.

Kreatif kerana ia berjaya menutup mulut pihak-pihak tertentu yang mengkritik dasar ekonomi negara yang dikatakan lambat bertindak balas terhadap krisis ekonomi global.

Kreatif juga kerana beliau berupaya menangkis dakwaan pembangkang yang menuduhnya melengah-lengahkan pembentangan (sehingga semalam) bagi mengaut mileage daripada perhimpunan agung UMNO dan peralihan tampuk kepimpinan negara akhir bulan ini.

Melihat kepada butiran pakej rangsangan ekonomi kedua itu - tiada siapa yang berani mengkritik lagi. Ia adalah pelan empat teras bagi menghadapi krisis ekonomi yang dilihat cukup baik untuk semua pihak, terutama rakyat jelata.

Semasa mengikuti pembentangan itu menerusi TV semalam, tidak kelihatan pihak pembangkang yang membantah. Masing-masing senyap. Sesekali dicuit Najib, mereka ketawa dan tersenyum. Namun reaksi Lim Guan Eng selepas itu sedikit sinikal, Anwar Ibrahim enggan komen sementara Sallehuddin Ayub tunggu dan lihat.

Malah, penganalisis ekonomi negara turut 'mengangkat topi' kepada pakej yang disimpulkan mereka sebagai sesuatu "yang di luar jangkaan" itu. Mereka melihatnya sebagai satu pakej ideal yang mencakupi secara rata semua sektor.

Berdasarkan perkembangan ekonomi serantau, pembentangan itu berjaya meletakkan Malaysia di satu landasan yang lancar, walaupun sedikit perlahan. Ia jelas menggambarkan sikap keyakinan tinggi kerajaan bahawa negara akan berupaya menangani dirinya daripada terjerumus dalam kancah krisis yang berat.

Berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka sekitar -1 dan +1 peratus (menolak jangkaan 3 peratus sebelum ini), kita menjangka rakyat masih mempunyai harapan untuk terus menikmati kehidupan seperti biasa - walaupun dengan sedikit kesan cubitan.

Yang lebih penting, apa yang diharapkan ialah pelaksanaan pakej rangsangan itu akan dapat dijalankan dengan lancar dan telus bagi memastikan wang rakyat itu dapat dipulangkan semula kepada mereka secara berkesan dan menguntungkan.

Di sinilah letaknya peranan pihak pembangkang di Parlimen. Mereka harus menjadi mata dan telinga rakyat yang membina bagi mengawasi pengagihan pakej RM60 bilion itu dilaksanakan secara telus. Pihak 'bangku belakang' (backbenches) juga harus mempunyai peranan yang sama - dan tidak hanya bersetuju dan menyokong kerajaan semata-mata.

Fungsi PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) juga cukup vital bagi memeriksa setiap perbelanjaan daripada pakej ini digunakan sebaik mungkin dan efektif; tanpa penyelewengan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran membentuk satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada anggota-anggota bebasnya - untuk mengikuti secara khusus proses pelaksanaan rangsangan itu secara dekat dan teliti dalam tempoh dua tahun ini.

Kita rakyat jelata, bimbang wang RM60 bilion - yang terlalu besar itu - akan mengalir tanpa kawalan walaupun menerusi beberapa sistem pengawasan yang telah dibentuk.

Perlu diingat, rakyat sekarang bukan seperti rakyat dulu - mereka kini semakin kritikal dan terbuka.

Apa sekali pun, kita bersetuju dengan kesimpulan Najib bahawa pakej rangsangan ekonomi menerusi bajet mini itu merupakan satu "formula damai atas nama kemanusiaan" untuk semua rakyat Malaysia.

Di masa negara-negara lain sedang berhempas pulas "untuk terus hidup" dalam suasana ekonomi merudum ini, kita di Malaysia harus bersyukur dengan keteguhan kedudukan kita setakat ini.

Oleh itu, marilah semua pihak mengetepikan seketika perbezaan politik kepartian, sebaliknya berganding bahu membantu kesejahteraan rakyat. Itulah tanggungjawab sebenar parti-parti politik - baik pembangkang mahupun kerajaan.

Susulan daripada Cuit yang lepas: Najib tidak kalah, beliau belum diuji; Najib nampaknya sudah mulai diuji dengan tugasnya yang semakin berat. Semalam beliau berjaya. Namun belum diuji sepenuhnya.

Tunggu beberapa bulan lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.