saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 11/03/2009

Teksi hubungkan JB-Singapura


DERETEN teksi Johor Bahru ke Singapura di Jalan Trus, Johor Bahru. – UTUSAN / ishak rahmad


JOHOR BAHRU 10 Mac. – Jika ingin ke Singapura dengan selesa dan mudah, apa kata guna sahaja perkhidmatan teksi yang terdapat di Terminal Teksi Pasar Bakti, Kotaraya II, Jalan Trus di sini.

Teksi milik Persatuan Kebajikan Tuan-Tuan Punya Teksi Kereta Sewa Johor Bahru ke Singapura itu hanya mengenakan tambang RM10 (seorang penumpang) sahaja untuk perjalanan sejauh 26 kilometer (km) hingga ke perhentian teksi Jalan Rocher, Singapura.

Memang murah jika dibandingkan dengan harga perjalanan dalam bandar yang ada ketikanya mencecah RM15 untuk perjalanan dari perhentian teksi Larkin ke Taman Bayu Puteri.

Bagaimanapun anda akan dikenakan bayaran S$10 (RM24) jika menggunakan teksi dari Singapura ke Johor Bahru.

Yang Dipertua Persatuan, Haris Md. Sawin berkata, setakat ini sebanyak 174 buah teksi sentiasa bersedia beroperasi 24 jam untuk menghantar penumpang ke seberang tambak tanpa mengira waktu.

Katanya, perjalanan dari stesen teksi Johor Bahru ke Singapura hanya mengambil masa selama satu jam sahaja jika tidak berlaku kesesakan jalan raya.

Bagaimanapun perjalanan yang singkat itu boleh memakan masa hingga tiga jam, jika pihak berkuasa di sana mengadakan operasi ke atas kenderaan keluar masuk ke negara berkenaan.

“Masalah pemandu teksi adalah mereka tidak dapat menepati masa kerana semuanya bergantung kepada keadaan di jalan raya. Kalau tidak ada kesesakan, penumpang akan sampai ke destinasi dengan cepat.

“Kita tidak menyediakan jadual kerja untuk ahli. Semua bergantung kepada ahli untuk bekerja pada waktu yang sesuai. Selalunya, kalau mereka membawa penumpang pada sebelah pagi, petang baru kembali ke sini. Itu semua bergantung kepada penumpang,” katanya di sini, baru-baru ini.

Jelas Haris, terminal teksi Jalan Trus atau lebih dikenali sebagai perhentian teksi Johor Bahru-Singapura telah berbakti kepada orang awam lebih 20 tahun.

Katanya, orang ramai selesa menggunakan perkhidmatan teksi kerana di setiap pos pemeriksaan, penumpang tidak perlu turun untuk menjalani pemeriksaan.

Sebaliknya, mereka hanya perlu memberi pasport kepada pemandu yang akan uruskan kesemuanya dan pemandu teksi juga sedia membantu penumpang memberitahu mereka maklumat tentang destinasi yang hendak dituju.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.