saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/03/2009

Mampukah 3 Janda atasi Mertua...?


PARA pelakon 3 Janda. (Dari kiri) Ery Sulaiman, Norliana Samsudin, Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan Farid Kamil selepas pelancaran drama itu di Restoran Lemon, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.


SELEPAS kejayaan Mertua vs Menantu, MIG Beats Sdn. Bhd., kini tampil dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru mereka berjudul 3 Janda yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Prima tidak lama lagi.

Penerbitan 3 Janda dijangka memberi cabaran besar kerana ia harus membuktikan kemampuannya bagi menyaingi Mertua vs Menantu yang muncul drama bersiri paling tinggi ratingnya di saluran tersebut.

Difahamkan Mertua vs Menantu yang merupakan drama bersiri pertama lakonan Erra Fazira mencatatkan hampir 1 juta penonton sewaktu ia ditayangkan di Astro Prima baru-baru ini.

Menurut penerbit MIG Beats Sdn. Bhd., David Teo, beliau optimis 3 Janda mampu menyaingi Mertua vs Menantu berdasarkan kekuatan jalan cerita dan pengalaman para pelakon yang membintangi drama bersiri itu.

"Kalau boleh kami mahu mencipta sejarah baru bagi mengatasi rekod Mertua vs Menantu daripada segi ratingnya. Biarlah ratingnya kali ini mencecah lebih tujuh angka (lebih sejuta penonton).

"Saya optimis sasaran itu boleh dicapai kerana drama bersiri ini menggabungkan ramai tenaga kerja yang berpengalaman, pelakon yang berbakat dan popular," katanya pada sidang media selepas pelancaran 3 Janda di Restoran Lemon miliknya di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Keyakinan David itu terserlah apabila pihaknya kini secara intensif telah mempromosikan 3 Janda meskipun penggambaran drama bersiri itu baru bermula 5 Mac lalu.

Selain David, pengarah 3 Janda iaitu Nor Jauza Rasidi atau Joeza turut terasa bahangnya apabila mengarahkan drama bersiri itu yang diharap dapat menarik lebih ramai penonton berbanding Mertua vs Menantu.

Kata Joeza, sebagai pengarah baru, beliau harus membuktikan agar drama bersiri arahannya itu mampu menaikkan reputasi drama-drama terbitan MIG Beats Sdn. Bhd., terutamanya menerusi saluran Astro Prima.

"Saya tidak nafikan tekanan seperti itu. Salah satu jalan untuk mencapai hasrat itu, saya dan semua tenaga kerja drama bersiri ini haruslah bekerja kuat.

"Ia bagi memastikan drama yang akan kami hasilkan kelak bermutu dan mampu menghiburkan para penonton Astro Prima. Saya yakin kerana semua tenaga kerja termasuklah MIG Beats Sdn. Bhd., bekerja secara profesional," ujarnya.

3 Janda yang dilakonkan oleh Farid Kamil, Lisa Surihani, Norliana Samsudin, Awal Ashaari, Abu Bakar Omar dan Rozita Che Wan dijangka ditayangkan di Astro Prima pada setiap Rabu pukul 10 malam mulai 22 April ini.

Drama 13 episod itu antara lain mengisahkan tentang tiga adik beradik perempuan iaitu Kartika lakonan Rozita Che Wan, Intan (Lisa Surihani) dan Suria (Norliana Samsudin) yang menjadi janda kerana masalah peribadi.

Bergelar janda

Mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan termasuklah karenah ibu bapa mereka dalam mengharungi kehidupan seharian yang mencabar selepas bergelar janda.

Meskipun berkisar tentang kehidupan janda, Joeza berkata, drama bersiri itu tidak bermaksud mendedahkan kelemahan golongan terbabit.

Sebaliknya, drama bersiri itu yang bergenrekan komedi mempunyai banyak nilai pengajaran yang boleh dititip oleh para penonton saluran televisyen berbayar tersebut.

Jelas Joeza, 3 Janda yang antara lain berdasarkan banyak pengalaman golongan janda hari ini yang terpaksa berdepan dengan cabaran disebabkan status yang mereka galas itu.

"Penulis skrip drama ini iaitu Siti Jasmina banyak mengembangkan jalan cerita drama bersiri ini berdasarkan situasi semasa yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

"Walau bagaimanapun jalan cerita hasil cetusan idea Jeanne (isteri David Teo) itu tidak berniat menyindir atau mendedahkan keburukan golongan janda, sebaliknya ia boleh dijadikan iktibar," katanya.

Joeza yang sebelum ini pernah mengarahkan drama seperti Renjis, Hartamas dan Dua Kali Aku Mencintaimu juga yakin unsur-unsur komedi dan pengajaran dalam 3 Janda mampu menambahkan lagi bilangan penonton Astro Prima.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani turut senada dengan harapan David dan Joeza yang mahu melihat semakin ramai penonton menyaksikan drama-drama yang disiarkan menerusi saluran tersebut.

"Kami terima cadangan untuk menyiarkan 3 Janda menerusi Astro Prima selepas mendapati genre drama itu bertepatan dengan konsep saluran ini yang lebih ke arah drama-drama ringan atau komedi.

"Ia berdasarkan kaji selidik penonton yang telah kami lakukan. Biasanya pada hari Rabu (hari tayangan 3 Janda) merupakan hari di mana para penonton ingin bersantai selepas penat bekerja pada hari Isnin dan Selasa," jelasnya.

Pada masa sama kata Nizam, pihak Astro Prima mungkin akan mempertimbangkan memberi sedikit sumbangan kepada MIG Beats Sdn. Bhd. jika 3 Janda mendapat sambutan hangat.

Ini kerana, difahamkan jumlah rating yang tinggi hasil tayangan sesebuah drama yang disiarkan melalui Astro Prima turut mempengaruhi ramai pengiklan untuk mengiklankan produk masing-masing di saluran itu.

"Apa pun semua itu bergantung kepada perjanjian yang akan kami menterai dengan MIG Beats Sdn. Bhd., selepas ini nanti," komennya ringkas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.