saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/03/2009

Landasan berkembar jana RM15b

PETALING JAYA 12 Mac - MMC-Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd. (MMC-Gamuda) yakin Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) dari Ipoh ke Padang Besar mampu memberi impak berganda bernilai lebih RM15 bilion dalam ekonomi negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Eksekutif MMC-Gamuda, Datuk Ir. Azmi Mat Nor berkata, kesan yang ketara itu dapat dirasai secara serentak di empat negeri - Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis - dalam projek bernilai RM12.5 bilion.

Antaranya ialah melibatkan pengagihan 400 pelbagai kontrak kerja kepada 1,600 syarikat kontraktor dan menawarkan lebih 7,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Bagi pembelian bahan mentah seperti konkrit, bahan kuari, besi, peralatan dan mesin pula, projek sepanjang 329 kilometer itu sehingga kini pula telah menelan perbelanjaan sehingga RM3 bilion.

Menurutnya, keempat-empat negeri itu telah ditawarkan pelbagai projek yang berkaitan dengan kerja-kerja struktur, umum, utiliti dan kerja-kerja sistem serta khusus.

Sebanyak 120 kontrak ditawarkan di Pulau Pinang, Perak sebanyak 133 kontrak, Kedah sebanyak 120 kontrak dan 27 kontrak di Perlis, jelas beliau.

''Kami akan menawarkan lebih 6,000 peluang pekerjaan baru bagi menyiapkan projek itu dengan melibatkan pemberian gaji dan pelbagai insentif lain bernilai lebih daripada RM2 bilion,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Azmi menjelaskan bahawa, 90 peratus daripada pekerjanya melibatkan pekerja tempatan dan baki 10 peratus adalah pekerja asing.

Menurutnya, sehingga kini segala kerja pembinaan PLBE yang telah mengambil masa selama 15 bulan itu telah 21.4 peratus siap, membabitkan kos lebih RM2.8 bilion.

''Projek ini berada dalam kedudukan yang baik untuk disiapkan mengikut jadual ditetapkan iaitu menjelang 7 Januari 2013,'' kata beliau.

Selain itu, Azmi menjelaskan 25 peratus kerja pembinaan PLBE bakal ditawarkan kepada syarikat kontraktor menjelang suku pertama tahun depan melibatkan kira-kira 100 kontrak untuk ditawarkan kepada 400 syarikat kontraktor.

''Projek ini akan mula ditawarkan mengikut peringkat-peringkat sehingga akhir tahun 2010.

''Kami jangkakan ia bernilai lebih RM2 bilion lagi dan angka ini tidak termasuk nilai impak berganda RM15 bilion kepada ekonomi negara yang dijangkakan sebelum ini,'' kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.