saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 14/03/2009

MMC-Gamuda, BBA JV meterai perjanjian


(DARI kiri) Para Pengarah BBA JV, Martin Soosay dan John Kirton bertukar dokumen dengan Ketua Pegawai Eksekutif MMC Corp. Bhd., Hasni Harun Dany dan Pengarah Eksekutif Gamuda Bhd., Datuk Dr. Ir Ha Tiing Lai selepas memeterai perjanjian di Petaling Jaya, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Mac - MMC- Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd. (MMC-Gamuda) hari ini memeterai perjanjian kontrak dengan Balfour Beatty Ansaldo Systems JV Sdn. Bhd. (BBA JV) untuk kerja-kerja sistem Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) dari Ipoh ke Padang Besar.

MMC Gamuda dalam kenyataannnya di sini berkata, BBA JV berjaya memperoleh kontrak melalui tender antarabangsa terbuka berikutan rekod prestasi paling relevan dalam reka bentuk, pembinaan, penyiapan, ujian dan pentauliahan kerja-kerja sistem untuk landasan dan sistem pengangkutan besar-besaran.

Kerja-kerja sistem itu terdiri daripada elektrifikasi, isyarat dan kawalan serta komunikasi untuk penjajaran PLBE sepanjang 329 kilometer, katanya.

Kerja-kerja elektrifikasi akan dijalankan oleh Balfour Beatty Rail Sdn. Bhd., anak syarikat tempatan kepada bahagian perniagaan elektrifikasi landasan seluruh dunia Balfour Beatty Group Ltd. (BBG), yang mempunyai kepakaran di Malaysia setelah menyiapkan beberapa projek.

Antara projek yang telah siap ialah elektrifikasi di Lembah Klang yang melibatkan Rawang, Seremban, Kuala Lumpur dan pelabuhan Klang, Rawang-Ipoh serta bekalan kuasa dan sistem landasan ketiga untuk transit aliran ringan (LRT) dan Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd. (STAR).

Ansaldo STS Malaysia Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Ansaldo STS Australia Pty Ltd. (Ansaldo Australia) adalah pemaju isyarat dan kawalan sistem pengangkutan transit besar-besaran dengan rekod prestasi kukuh di Malaysia.

Projek-projek yang telah dilaksanakan ialah Landasan Berkembar Rawang-Ipoh dan sistem monorel KL.

Kedua-dua syarikat itu telah memenuhi kriteria yang ditetapkan yang berdasarkan kesesuaian teknikal dengan sistem landasan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) sedia ada dan harga tender yang kompetitif.

Selain itu, kedua-duanya memiliki syarikat-syarikat diperbadankan di Malaysia dan jaminan daripada syarikat induk masing-masing iaitu BBG dan Ansaldo Australia dengan rekod prestasi dalam projek tempatan dan luar negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.