saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 14/03/2009

Indera Kayangan dipenuhi kedamaian


Menyauk ikan antara aktiviti sekeluarga yang cukup menyeronokan boleh dilihat di sawah-sawah bendang yang banyak terdapat di negeri Perlis.


Perlis Indera kayangan unik sekali. Kedudukan geografinya yang jauh ke utara Semenanjung menjadikan landskap dan cuacanya cukup berbeza berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Bersempadan dengan daerah Satun, Thailand, Perlis dikurniakan kawasan seluas 795 kilometer persegi dengan keindahan alam semula jadi dan tarikan suasana kehidupan tradisional.

Kebanyakan landskap semula jadinya berupa dataran yang dipenuhi sawah-sawah padi, ladang-ladang tebu, ladang getah dan lain-lain kebun buah-buahan.

Cuaca di negeri ini amat sesuai bagi penanaman mangga, hinggakan nama Perlis cukup sinonim dengan harumanis.

Justeru, setiap tahun sekitar bulan Mei, negeri ini pasti akan dipenuhi dengan pencinta mangga bagi mendapatkan pelbagai mangga termasuk harumanis, mas indera, mas muda, chokanan dan sala.

Sepanjang musim kemarau yang bermula sekitar bulan Januari pula iaitu selepas padi dituai, cuaca yang sentiasa cerah dengan tiupan angin yang kencang membolehkan anda menyaksikan permainan layang-layang pelbagai warna dan bentuk di udara seluruh pelosok negeri.

Ladang tebu terbesar

Kalau bukan kerana bersaing untuk pertandingan Green Rough Road Rally (GRRR!) edisi Perlis, mungkin penulis tidak menyedari bahawa ladang tebu terbesar negara berada di negeri Perlis iaitu di Chuping.

Bandar kecil itu mendapat nama daripada sebuah bukit batu kapur iaitu Bukit Chuping, merangkumi kawasan perladangan tebu seluas kira-kira 22,000 hektar.

Cuba memandu sendiri di jalan raya utama Chuping yang membelah ladang tebu itu dan alami sendiri pemandangan hijau yang cukup menakjubkan di kiri kanan anda yang kelihatan bagai tiada penghujung.

Sekiranya anda menaiki keretapi dari arah selatan, Chuping terletak di dalam perjalanan ke Padang Besar, yang juga syurga membeli-belah utama sempadan Malaysia -Thailand.

Antara produk-produk utama yang menjadi tarikan pengunjung Padang Besar selain di bazaar Wang Kelian ialah pelbagai pilihan barangan kraftangan perak, perkakasan dapur, perhiasan dan pakaian.

Tarikan semulajadi utama Perlis pula ialah Taman Rekreasi Gua Kelam yang terletak di pekan Kaki Bukit, tidak jauh dari Wang Kelian. Gua Kelam merupakan gua yang cukup besar sekitar 370 meter dan mempunyai formasi batu kapur yang cukup menarik. Ia terletak bersebelahan Gua Kelam 2 yang menjanjikan pengembaraan mencabar untuk mereka yang lebih lasak.

Penempatan purba

Perlis juga mempunyai bukti arkeologi penempatan manusia purba seawal 5,000 tahun dahulu. Ekskavasi arkeologi telah membuktikan Gua Bintong sebagai penempatan kebudayaan Hoabinhian. Selain itu, serpihan seramik serta alat batu termasuk kapak batu dari zaman Neolotik berusia kira-kira 2,000 tahun juga ditemui di gua tersebut.

Selain Bandar diRaja Arau, Muzium Kota Kayang juga perlu dilawati oleh peminat seni dan sejarah.

Menariknya, semasa dibina, artifak prasejarah termasuk serpihan seramik, sejenis bikar dari budaya Neolitik Ban Kao dan kapak-kapak batu berkualiti tinggi telah ditemui di tapak muzium.

Juga terdapat penemuan bekas seramik berusia di antara 2,200 hingga 2,600 tahun yang berasal dari India yang mungkin membuktikan interaksi dengan masyarakat India purba.

Seperti negeri-negeri lain, Perlis juga kaya dengan aneka makanan tradisional. Uniknya, makanan tradisi yang mesti dirasa di negeri ini iaitu Laksa Perlis dan Nasi Gulai Kawah adalah hidangan berat yang biasanya disajikan untuk sarapan atau minum pagi.

Selain itu, kata seorang warga Perlis, pelawat mesti juga menjamah masakan lemak rebung kerana rebung Perlis atau rebung madu, meskipun lebih kurus dan kecil berbanding rebung-rebung negeri lain, rasanya lebih lemak dan enak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.