saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/03/2009

Pilih Kasih uji kemampuan Rosyam

Selepas berjaya dalam penerbitan filem dan drama, pelakon Rosyam Nor melebarkan sayap menerusi syarikatnya Suhan Movie bagi menghasilkan sebuah program realiti televisyen.

Memilih nama Pilih Kasih, rancangan yang akan ke udara di RTM2 bermula 6 Jun depan merupakan sebuah rancangan baru yang benar-benar menguji kemampuan Rosyam.

Kalau sebelum ini syarikatnya banyak terlibat dengan kerja-kerja penerbitan drama dan filem tetapi pada tahun ini Rosyam sendiri ingin mencuba nasib menerbitkan sebuah rancangan baru.

Pilih Kasih adalah program realiti yang diadakan untuk mencari peserta berbakat bagi membintangi filem terbaru Rosyam berjudul Kasih.

Dalam program realiti itu, seramai 20 peserta bertuah akan dipilih menerusi beberapa uji bakat yang akan diadakan di lapan lokasi terpilih.

Daripada 20 peserta itu, hanya lima peserta akan dipilih ke peringkat akhir untuk membintangi filem Kasih yang akan menjalani penggambaran hujung tahun ini.

Ujar Rosyam, program realiti Pilih Kasih tersebut seakan-akan Akademi Fantasia apabila peserta diminta menunjukkan bakat mereka menyanyi dan berlakon. Dalam program itu peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana setiap kumpulan dianggotai sepuluh orang.

Mereka akan diberi tugasan masing-masing termasuklah dilatih berlakon sebelum mempamerkan kebolehan tersebut untuk dinilai pada siaran langsung yang diadakan setiap malam Sabtu.

Kata Rosyam, pada siaran langsung itu kebolehan mereka akan dinilai oleh juri yang diundang termasuklah Rosyam sendiri sebagai juru tetap.

Ujar Rosyam lagi penonton boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengundi peserta pilihan masing-masing tetapi keputusan pemenangnya adalah terletak ditangan Rosyam sendiri.

"Tak semestinya peserta yang mendapat SMS rendah akan terkeluar kerana nasibnya terletak di tangan saya. Kalau anda tak minat tapi saya suka, saya akan guna kuasa saya untuk memanggil peserta tersingkir itu berada di dalam rancangan tersebut. Inilah yang dinamakan pilih kasih," katanya.

Ujar Rosyam lagi hasrat untuk menerbitkan program berkenaan telah lama dirancang tetapi baru sekarang ia dapat dilaksanakan selepas mendapat kerjasama daripada RTM.

Apa yang menarik peserta yang menyertai pertandingan itu akan mengikat kontrak dengan Suhan Movie dan mereka akan berlakon untuk produk-produk terbitan syarikat itu.

"Selama ini orang sering menjadikan Rosyam sebagai mentor mereka. Jadi lebih baik saya terbitkan program ini untuk membolehkan lebih banyak "Rosyam Noor" lahir pada hari ini," ujarnya.

Tambah Rosyam, pelancarannya akan diadakan sebelum hujung bulan ini untuk mengumumkan tarikh dan lokasi uji bakat untuk dipilih menjadi pelakon serba boleh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.